teman tapi mesra

28 September 2010

Perang saudara di Hulu Perak

Pada akhir abad ke 19, peperangan meletus di Hulu Perak. Peperangan ini turut melibatkan daerah kecil Lenggong. Perang saudara tersebut hanya berakhir pada 1909.
Setelah perang berakhir, Hulu Perak diserahkan kepada pemerintahan Negeri Perak yang ketika itu telah dijajah oleh Inggeris. Penyerahan bumi itu oleh kerajaan Siam adalah hasil Perjanjian Burney antara kerajaan Siam dengan kerajaan Perak di bawah pemerintahan Inggeris.
Sebahagian daripada Hulu Perak, bermula dari tempat yang bernama Bukit Nasah di bahagian selatan adalah di bawah kekuasaan Siam. Kerajaan Siam melantik pembesar dan wakil raja sebagai pemerintah bahagian Perak Hulu yang dulunya dikenali sebagai Negeri Reman.
Pemerintahan kerajaan Melayu Reman itu berpusat di tempat yang kini dikenali sebagai KampungSelarong yang terletak tidak jauh dari pekan kecil Pangkalan Hulu atau dulunya disebut Pekan Kroh.
Bekas istana Tuan Jagung, Raja Reman yang terakhir, masih ada hingga sekarang di Kampung Selarong. Di kampung ini juga terdapat makam permaisuri Cik Neng, iaitu isteri Tuan Jagung. Permaisuri itu mangkat pada 1915.
Kemangkatan permaisuri itu ada kaitannya dengan kerinduan yang amat sangat terhadap kematian putera bongsunya yang bernama Tuan Lebih Long Raya yang bakal menjadi Raja Reman. Putera Raja Reman ini ditangkap oleh pemerintah Siam pada 1899 dan dibunuh di Bangkok. Beliau disyaki menjalankan kegiatan untuk memerdekakan Reman daripada cengkaman Siam.
Begitulah serba sedikit tentang sebuah kerajaan Melayu yang wujud di Hulu Perak sebelum abad ke-19. Cerita ini meriwayatkan satu teladan bagaimana pada masa dulu pembesar Melayu dapat digunakan oleh orang asing yang melaga-lagakan mereka supaya mereka bergaduh sesama sendiri. Dengan itu senang mereka mengambil alih pemerintahan daripada orang Melayu.
Angkara inilah yang menyebabkan berlakunya beberapa peperangan di Hulu Perak. Dulu Reman ialah daerah hulu dan terletak berhampiran dengan Patani. Kerajaan Melayu Patani yang berteraskan Islam ialah sebuah kerajaan yang kuat dan sangat stabil pemerintahannya pada abad ke-17 dan 18.
Setelah Siam menakluki Patani, negeri itu dipecah- pecahkan menjadi beberapa negeri kecil. Siam melantik pembesar Melayu menjadi raja atau pemerintah di negeri tajaannya. Reman adalah salah satu daripadanya. Di Kampung Kerunai, terdapat beberapa batu tanda yang menjadi sempadan antara Negeri Perak di bahagian hulu dengan negeri Reman yang berada di bawah kuasa Siam.
Pada 1882, satu perjanjian dibuat antara kerajaan Perak di bawah penjajah Inggeris dengan Tuan Jagung, raja Reman di bawah takluk Siam.
Dalam perjanjian itu, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa sempadan yang baru adalah di Bukit Nasha, yang terletak kira-kira lima kilometer ke selatan pekan Grik. Hingga sekarang, tempat itu disebut bukit Nasha, iaitu mengambil sempena perkataan 'nak disahkan satu perjanjian'.
Pada 1899, satu perjanjian baru dibuat bagi menentukan sempadan yang boleh diterima oleh orang Melayu Hulu Perak. Sempadan baru itu terletak di Kerunai, di utara pekan Grik. Di situ, pada masa ini, terdapat beberapa batu tanda sempadan yang dibuat dengan simen berbentuk segi empat, kira-kira satu suku meter tinggi dan satu meter lebar. Batu itu didirikan di atas sempadan. Jarak antara setiap satu adalah kira-kira satu km.
Pada 1909, satu perjanjian iaitu Perjanjian Burney, disempurnakan antara kerajaan Perak dengan kerajaan Siam..Dalam perjanjian itu, Siam yang menguasai kerajaan Melayu Reman sejak 1826 bersetuju menyerahkan sebahagian besar Hulu Perak yang luasnya kira-kira 1,800 km persegi kepada kerajaan Negeri Perak.
Sejak penyerahan itu, daerah Hulu Perak yang rata-rata didiami oleh orang Melayu Patani dan bertutur dialek Melayu Patani bebas daripada cengkaman Siam. Namun kemerdekaan Hulu Perak bukanlah bermakna mereka terlepas daripada cengkaman penjajah lain.
Kemudian Hulu Perak berada pula di bawah pemerintahan Inggeris yang tahu bahawa daerah ini kaya dengan khazanah yang tersembunyi dalam hutan belantaranya.
Nasib kerajaan Melayu Reman agak malang. Setelah kematian Tuan Jagung, kerajaan Siam memansuhkan pemerintahan beraja ke atasnya. Dengan itu berakhir sebuah kerajaan Melayu Reman yang memerintah sebahagian daripada Hulu Perak dan sebahagian Hulu Patani yang dahulunya di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Patani.
Dalam mana mana penulisan sejarah Perak, jarang-jarang disentuh negeri Reman, sebuah kerajaan Melayu yang ditaja oleh Siam. Cuma dalam buku Hulu Perak Dalam Sejarah yang ditulis oleh Tok Muda Raja Razman bin Raja Abdul Hamid, Tok Muda Meor Shamsuddin bin Meor Yahya dan Husin bin Mahmud, ada menceritakan dengan panjang lebar kewujudan kerajaan Melayu Reman di Hulu Perak.
Demikianlah apa yang saya tahu serba sedikit tentang sebuah kerajaan Melayu di Hulu Perak dan perang saudara yang berlaku sesama orang Melayu yang didalangi oleh kuasa asing.

Info tentang Gerik,Perak

Latar Belakang
Asal - Usul Daerah Gerik
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870 beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok ? Ad(Tok Sa?ad).
Tiada beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak ditengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang pelik terbit daripada perdu serumpun gajah. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman itu telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu telah di pakai beberapa lama tetapi orang-orangnya yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaan daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.

Kampung-kampung yang berhampiran dengan Bandar Gerik
  • Kampung Pecah Baru
  • Kampung Kolam Air
  • Kampung Pak Zainal
  • Kampung Ramasamy
  • Kampung Ulu Kenderong
  • Kampung Tanjung Kala
  • Kampung Gerik
  • Kampung Padang
  • Kampung Bendang Kerajaan
  • Kampung Air Suda
  • Kampung Kuala Kenderong
Kampung-Kampung di sepanjang jalan ke Gerik - Ipoh
  • Kampung Sawa
  • Kampung Kuala Kenering
  • Kampung Kubang
  • Kampung Air Jada
  • Kampung Belum Baru
  • Kampung Malau
  • Kampung Bagan Lawin
  • Kampung Lawin
  • Kampung Ulu Lawin
  • Kampung Tanjung Lobak
  • Kampung Tanjung Kasau
  • Kampung Kenayat
  • Kampung Kaki Bukit
  • Kampung Tawai
  • Kampung Tanjung Rambai
  • Kampung Air Panas
  • Kampung Sira
  • Kampung Sira Kulim
  • Kampung Padang Kunyit
  • Kampung Padang Jeri
  • Kampung Bukit Nasah
  • Kampung Ganda Temenggor
  • Kampung Felda Papulut
  • Kampung Rancangan Merah

Kampung-kampung di sepanjang jalan ke Gerik - Baling
  • Kampung Pahat Luar
  • Kampung Kerunai
  • Kampung Jong
  • Kampung Padang Stang
  • Kampung Lalang
  • Kampung Alai
  • Kampung Pahit
  • Kampung Plang
  • Kampung Tanjung Kekabu
  • Kampung Batu Hampar

Kampung-kampung di sepanjang Gerik - Kota Bharu
  • Kampung Perah
  • Kampung Bandariang
  • Kampung Bersia Lama
  • Kampung Kuala Rui
  • Kampung Simpang Perah
  • Kampung Jagor
  • Kampung Umbut
  • Kampung Bongor

Diet Salad (Boleh mkn waktu breakfast dgn roti, lunch, atau waktu dinner, as snack pun boleh!)

Bahan-bahan ( 4 orang )
· 10 - 15 helai daun Kubis (dihiris)
· 4 biji tomato(dipotong dadu)
· 2 biji carrot(dipotong halus)
· 2 sudu perahan limau nipis
· 1/4 biji bawang besar(dipotong dadu)
· Mayonis
· 3 keping daging burger(dihancurkan)
· 50 gram isi ayam(dipotong kecil2)
· Garam
· 4 biji ubi kentang sederhana besar(dipotong dadu) 

Cara-cara
1.rebus kentang sampai empuk, dan tabur sedikit garam semasa merebus
2.rebus daging burger yang dah dihancurkan.
3.Gaulkan semua sayur2 and bawang yang dah dipotong tu, jus tomato tu pun masukkan skali dalam salad tu. Masa gaul tu, masukkan jus limau. Lebih baik gaul gune tangan.
4.Masukkan mayonis dalam 4-5 sudu besar. Gaulkan lagi gune tgn. Biarkan sekejap.
5.Lepas 10 minit, masukkan semua bahan2 yang direbus tadi, ubi kentang, daging burger, ngan ayam tu skali. Gaul gune senduk kalau bahan2 tu masih panas.
6.Dah siap dah! Boleh makan ngan roti, atau mkn begitu aje! Sangat mengenyangkan~

♪ ♫ chang chang chang chang ♪ ♫

Chiangmai ~ chiangrai {28-31 MAY 2010}
video
Chang dalam bahasa Thai bermaksud Gajah ~ perjalanan naik rakit ni terlalu lama sangat lebih kurang 45 minit...naik rentung kulit,,pastu dah mula boring apalagi asah bakat la nak masuk AF9 akan datang..hikhik

24 September 2010

my raya day....

Salam aidilfitri....
tahun ni my turn pulak beraya di kampung ku terchenta...haaa..kat mana lagik kampungku terletak di Gerik,Perak nun di Hulu Perak, yang terkenal ngan Hutan Simpan Royal Belum...uihhh, dah lama tul tak jejakkan kaki kat bumi Gerik ni....adalah dekat 2 tahun tak balik..windu betul...huhuhu...nantilah saya  updatekan pasal Gerik ek..sekarang ni saya nak kongsi kisah raya saya ni yang penuh dgn suka dan duka...
pada aidilfitri ni la jugak saya kehilangan bapa saudara yang berada di penang pada raya ke 5..Arwah meninggal dunia tanpa mengetahui isteri yang tercinta sedang hamil benih cinta dorang,kandungan tu baru berusia sebulan...bak kata pepatah ~ Patah tumbuh hilang berganti.....kalaulah korang berada ditempat macam mana perasaan korang, sedih gilerrr kann..apa apa pun yang berlaku ada hikmah disebaliknya..semuga rohnya ditempat bersama sama ngan org yang beriman, aminnnn.
saya beraya kat kampung sampai raya ke 3 jer..pastu terus balik kolumpur lak..sebab nak ambik mak mentua kat kampung dia kat Beranang,Selangor...Dalam pukul 5 lebih kami sampai kat Beranag...sampai je dorang tgh duk bersiap-siap nak ambik gambar keluarga....duk tgh mekap mekap bagai...hermmmm, yang kelakarnya gambarnye macam majlis konvo la plak....eh kira konvo la gak kan...~konvokesyen meraikan tamatnya Ramadhan kan...ngeee...

~ big family ~


my famili

♥ babah + aqhil + adib + ma ♥

babah n papa beraksi....


8 siblings wit nanny ~ ngeeeeeee

~ enek ngan cucu n cicit menantu ~

nasib baik enek tak leh lompat cu..kalau tak enek pung lompat gak ~ hikhik


masing masing tgh standy by nak lompat....

oppssss!!!!..huhuhu

horey.!
Sekian..TammaT sudah Konvokesyen Day...~ ngeh ngeh

D.I.Y ~Jamu kunyit Asam

masa dlm pantang mak mentua aku selalu wat tuk aku...rasanye masam2 manis!!!!!!!!!
khasiat dia untuk membersih darah haid,kunyit tuk kurangkan rasa sakit perut, bengkak dan antibakteria

Jamu asam kunyit diminum setiap bulan ketika datang bulan. Mengharumkan tubuh, menyegarkan dan menghaluskan serta merampingkan adalah khasiat utama jamu ini jika anda rajin membuatnya.

~kunyit
~gula merah
~asam jawa
~garam secukupnya

~blendkan kunyit pastu rebus bersama2 bhn lain.. dah mendidih tapis air rebusan td pastu minum,yang selebihnya simpan dlm peti sejuk..

P/S: saya selalu wat pekat pekat pastu simpan lam peti sejuk,tiap kali nk minum tambah jer air panas...

Ragam Bersunat...

ni lah ragam orang bersunat...layan jelah....


budak kecik dah besar tapi masih nyusu ag....

layan boring...

dapat hadiah dari abah