31 Januari 2011

IKAN PARANG MASAK ASAM PEDAS NGAN SAYUR JERUK


Bahan-bahan:


ikan parang boleh diganti dgn ikan pari, terubuk, tenggiri atau kembung

cili kering kisar

bawang merah

halia
kunyit hidup
seikat daun kesum
sedikit air asam jawa
air
minyak untuk menumis
garam secukupnya
lada hitam di tumbuk
kubis jeruk

Cara membuat:


Ikan dibersihkan 

Bawang merah,halia dan kunyit ditumbuk @ di blend hingga lumat.

Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumbuk kacau sehingga wangi dan garing masukkan cili kisar. Kacau lagi sehingga garing.

Masukkan air asam jawa dan air biasa.
Masak sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit kemudian kecilkan api masukkan ikan, garam dan serbu lada hitam dan kubis jeruk.
Bila hampir masak, masukkan daun kesum. Kacau seketika bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


~ SELAMAT MENCUBA ~


♥ U n Me 

30 Januari 2011

HUAHUAHAU, NAMPAK SGT AKU X PERNAH NAIK TRAIN....

Hari jumaat semalam cuti pergi melawat adik aku di Hospital Ipoh...Alhamdulillah dia selamat menjalani pembedahan muka dan peha....kali ni pergi aku tak naik bas,nak try naik keretapi pulak.pada awal nya nak naik keretapi evxpress yang baru tu..tapi bila tanya tiket pukul 2 petang baru ada..terus pergi beli tiket keretapi biasa,nasib aku baik sebab terus dapat tiket pukul 9.30 pagi..kelam kabut turun cari train sebab jam sudah pukul 9.20.sampai bawah je terus naik keretapi..cari cari tempat kosong terus duduk je...pukul 9.30 je terus bergerak...tiba tiba...

kond. tkt: cik,tmpt cik ni slh..
aku:haa..yeke?
kond:ye,tmpt cik kat koc3 seat 12D..klu ikutkan salah ni cik,nnt kt stn Rawang trn tkr tmpt cik..
aku: tp,kaunter ats ckp naik train ni..
Kond:mmglah train ni..tp cik salah tmpt ddk je..
aku: ooo, ok!...
HUAHUAHAU,NMPK SGT AKU X PRNH NAIK TRAIN,SUKAK2 JE DUDUK,INGT NK PEGI KLCC KE..MAIN REDAH JER DUDUK..HUHUUU

Dah tahu diri tu salah boleh lagi tu menjawab kondukter tiket tu..ish ish ish...

Perjalanan naik keretapi lebih lama daripada naik bas...pukul 12.30 tgh hari, tiga jam perjalanan berbanding menaiki bas,Naik bas 2 jam je sudah sampai Ipoh.


♥ U n Me 



APAHAL FASHA SANDA BERSAMA NGAN SIHITAM MANIS KU..Huhhhhh!!!

Beberapa hari yang lepas mimpi Fasha sanda ngan "Sihitam manisku...". Apahal lah pulak si fasha ni datang dalam mimpi aku nih..dah 18SX pulak tuh..Huh...tapi nasib baik dalam mimpi aje...huhuuuu.Bila bagi tahu "Sihitam Manis.." bukan main lagi tersenyum simpul lagiii..cehhh,hampehhh...

Fasha yang sungguh daring...

Sihitam Manisku...



♥ U n Me 

25 Januari 2011

PERIA RANGUP

Biasanya peria memang terkenal ngan pahit kan kan kan...mak saya ajar kalau nak hilang rasa pahit peria tu rendam ngan garam atau ramas ramaskan peria tu ngan garam....~ ramas ala kadar udah ler jgn sampai lumat plak peria tu..huhuuu

Bahan²:
peria katak ~ peria yang kecik kecik tuu...
tepung gandum
serbuk kari
jintan
sedikit garam

Cara ²nya :
~ bancuhkan tepung bersama bahan bahan diatas..
~ panaskan minyak, celupkan peria kedalam bancuhan tepung tadi dan goreng hingga garing..


~ SELAMAT MENCUBA ~


♥ U n Me 

24 Januari 2011

SAMBAL IKAN TAMBAN


Bahan²:
* Ikan tamban ~ ikut suka banyak mana pung!
* bawang merah ~ lagi banyak lagi bagus sebab bawang merah rasa manis dan boleh mengurangkan pedas..skang ni barang mahal, bubuh sikit udah lerr..heheh
* segenggam cili api + cili besar
* garam ~ tak perlu banyak kerana ikan tamban sudah masin...

Cara ²nya :

 * siang dan cuci ikan tamban, cili api dan bawang 

 * tumbuk @ blend kasar bawang merah bersama cili api

 * ikan tamban dibasuh dan digoreng hingga garing dan ketepikan…

 * gunakan minyak lebihan goreng ikan tamban tadi  tadi tumiskan bawang dan cili yang di tumbuk @ dikisar tadi..

 * goreng sehingga naik minyak dan tutup api..
 * setelah sejuk baru digaulkan ikan tamban bersama sambal tadi untuk mengelakkan ikan tamban tadi lemau atau lembik jika digaul semasa panas...

* saya suka makan bersama ulam ulaman je kalau masak ikan tamban macam ni, makan ngan nasi panas panas..! Sedappp..

~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me 

INSAFLAH ADIKKU..SEMOGA JADI PENGAJARAN BUATMU...

Salam semua..hermm, sudah satu minggu sebenarnya kemalangan ni berlaku cuma tak ada masa je nak masukkan entri ni...sibuk kesana kesini...Kejadian ni berlaku pada malam minggu yang lepas...malam tu tengah guling guling atas katil nak lelapkan mata lebih kurang pukul 10.30pm handphone berbunyi...tgk kat screen sepupu ku along call, dlm hati apahal pulak ni dah lama tak call tiba tiba je dia call ni..rupa rupanya dia bagitahu adikku alip accident...skang ada dalam wad kecemasan...Pukul 12 lebih dapat call lagi..alip kena htr ke hospital ipoh dan orang yang accident ngan alip tu meninggal dunia tapi isteri dia selamat..Innalillah....orang tu tak bukan jiran aku jugak huhuhuu....esoknya terus EL pergi spital Ipoh tgk keadaan adik aku...Cuma mak je yang ada temankan alip..abah tak ada skali sebab tak sihat...mana taknye ngan abah skali masuk kecemasan malam tu..sebab terkejut agaknya tengok keadaan alip masa tu...nasib baik abah tak ada apa apa...

sehari lepas accident...

nilah budak baikk...huhuu

dalam bilik kecemasan boleh lagi dia mesej kat aku .."kak long, orang accident teruk ni..."

tulang pipi hancur, tulang geraham patah tiga...

semoga kejadian ini dapat menginsafkan diri mu adik!!!...


paha pun patah jugak... 

kepala pun terkoyat dah kena jahit..

nilah bonda yang banyak menghadapi dugaan dalam hidupnya...tabah menghadapi karenah anak anak nya tak pernah nak memahami hati seorang ibu....Semoga kesabaran Bonda selama ni mendapat balasan yang setimpal suatu hari nanti , semoga penderitaan bonda segera berakhir....Sayang Mak!!...:(
Untuk adikku insaflah!!!...


♥ U n Me 

21 Januari 2011

KERISI MASAK ASAM KUNING

Bahan bahan :

Ikan kerisi
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar ~ potong bulat bulat atau belah belah jer…
Halia
Air asam jawa secukupnya
Cili api ~ diketuk
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara caranya :

~ Bersihkan ikan dan  gaulkan bersama garam dan kunyit
~ Bawang merah, bawang putih, halia dimayang dan bawang besar dibelah belah aje atau di potong bulat bulat pun boleh ja…
~ Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan..bekas ikan yang digaul bersama garam dan kunyit jangan di basuh, masukkan air asam jawa kedalam bekas tadi..
~ gunakan minyak lebihan goreng ikan tadi dan tumiskan bahan bahan yang dimayang tadi bersama bawang besar, tumis hingga kekuningan kemudian masukkan air asam jawa tadi bersama cili api ..

 ~ tunggu hingga menggelegak baru masukkan garam dan ikan kerisi..masak hingga pecah minyak dan angkat..


~ SELAMAT MENCUBA ~


♥ U n Me 

13 Januari 2011

DISUATU PETANG

Hari minggu bawa along n adik pergi repair basikalnya yang dah rosak,belikan adik basikal sekali,asyik duk lenjan basikal abang dan basikal anak jiran sebelah je,,sian pulak dia,,jadikan belikanlah untuk adik satu..Dah sudah repair basikal along pergi pulak beli kelengkapan sekolah untuk along..dan last sekali acara gunting rambut beramai ramai..ekekeke...

basikal along tengah dibaiki...banyak yang rosak,mana tidaknya,naik basikal pun rempit bagai..huh

Ni plak "Sihitam Manis.." tgh duk belek basikal...

Hah adik tgh duk pilih basikal..yang mana satu ni,semua cantik cantik!..pilih dik pilih,huhuuu...nanti abah bayar! ekekeke

dah dapat yang berkenan di hati terus naik kat situ jugak!...

tengah alihkan basikal dia sebab pekerja kedai tu alih basikal dia kat tempat lain..tu lah sapa suruh blok jalan kat dalam kedai tuh..alihlah sendiri ek!...

along amat teruja ( huhuuu ayat teruja tu, ayat x leh blah!)..tengok basikal dia
dibaiki..

tgh duk menunggu basikal dia dibaiki..

wahh..eksyen ngan basikal baru ye adik!...

Dah lepas bab basikal, bab sekolah la plak...along tgh cuba beg sekolah...adik pun nak jugak abah!!..sian adik..
Along pilih beg BEN 10...beg lagi besar dari tuan eh..huhuu

'hermm..cantik juga beg ni kan...'..hihihi mungkin tulah kata kata adik masa tgh duk telek beg along dia...along tgh duk pilih kasut ngan abah dia pulak ambil peluang la...hahaha

Sekali dia terus tarik beg along dia nak bawa keluar..huhuu, mana aci adik cakap along dapat banyak barang, adik satu pun takada!...hehehe

Hermmm,baru puas hati adik dapat jugak BEN 10 macam along...hehehe 

Itik Pulang petang...adik bergaya ngan beg baruuu...

Selesai bab sekolah along.bawak dorang gunting rambut pulak...semua nak settlekan dalam masa satu hari..letih, huhuuu

kepenatan..seharian berjalan..

adik orang pertama gunting rambut...kali ni ok plak tak nangis dan duduk kat kerusi pun ok je sorang sorang, kalau tidak terpaksalah duduk atas kerusi tu sekali ngan dia...ni nampak ok je...

hahaha..permulaan episod je ok..pastu bila mamak tu guna mesin sondol rambut dia terus  nangisss...

mamak tu umpan gula gula...hehehe.kat kedai mamak ni memang ada satu balang gula gula untuk umpan kanak kanak yang menangis..

along punya turn pulak..along pun sama je ngan adik..bila nak gunting rambut je menangis smpi rambut pun masuk dalam mulut bercampur ngan airmata, air hidung bagai...skang dah besar dah..dah tak nangis,,boleh gelakkan adik dia lagi...huh

"Sihitam manis.." maintain jek...ekekeke

adik dah selesai gunting rambut,tengah nunggu along n abah pula...

huhuu..like abah like adib!...

kemiangan dalam kereta lepas gunting rambut..

sampai umah je terus adik rasmikan basikal baru..tak nyempat nyempat mandi dulu..

along test basikal dia selepas di baiki,,topi pun baru beli kat kedai tadi..

hermm..dah mandi dah, terus kuar rumah main basikal...

barang barang yang di borong tadi....

adik punya helmet takada..jadi tumpang lah along punya ek..adik punya tak ada size....


♥ U n Me