teman tapi mesra

25 Julai 2011

CHOCOLATE CHIPS CUPCAKES


Resipi ini saya dari MYRESEPI....resepi amat mudah kerana guna sukatan sudu aje....

Bahan-bahan ( 12-15 biji )

  • 200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
  • 150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
  • 150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
  • 2 biji telur - dikocok
  • 2 sk baking powder
  • chocolate chips...

Cara-cara



~ Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.

~ Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
~ Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.




~ Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,


 ~ Pembantu chef ni memang amat rajin sekaliiiiii....






~ Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.


  

**Chocolate chips juga boleh digantikan dgn Cream cheese,cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera.


~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan