Semalam buatkan kek coklat untuk My Adib n My Aqhil....kek tu saya taburkan gula gula SMARTIES dan SKITTLES ..ada rasa masam masam manis sikit sebab SKITTLES tu saya guna yg warna hijau.....
Bahan²:
1 bungkus kecil Skittles
1 bungkus Smarties
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 1/4 cawan tepung ( saya guna tepung kek..)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
*saya tak masak adunan ini seperti kebanyakkan kek coklat kukus yang selalu kita buat tu..saya pukul semua adunan ni sebelum dikukus...ok jugak hasilnya.. :)
Cara²nya:
~ ayakkan tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder
~ pukul telur bersama gula hingga kembang..
~ masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit diselangi susu cair dan susu pekat..
~ kemudian masukkan minyak dan kacau adunan hingga sebati..
~ masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
*untuk topping pun pun saya main hentam cromox aje..hihii
agak agak sendirik la nak taruk byk mana pun..nama pun hentam kromo je kannn..huhuu
Topping :
sedikit bar cokelat
1/2 cawan serbuk koko
susu cair
susu pekat manis
~ masak semua bahan diatas secara double boiler sehingga sebati...tutup api dan curahkan keatas kek yang telah sejuk tadi....
Meh layan My Adib N My Aqhil...
adik ni sebenarnya bukan nak makan kek tu,,nak makan gula gula sebenarnya!!!..
yang ini buat masa besday My Aqhil 2 tahun....dah lama dahhh...hihiii
~ SELAMAT MENCUBA ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan