Petang semalam buat karipap..hihii, dah la hujan, syok tido waktu hujan² cenggini..tapi bila fikir² nanti "Sihitam manisku.." ngan hero² ni bangun mesti lapar punya..huhuuu..terpaksalah merajinkan diri ke dapur..
Jom Masak!!
Bahan² untuk inti
2 biji kentang - dipotong dadu
1 mangkuk kecil daging cincang ~ saya cincang sendirik jek kat atas papan pemotong! hihihi
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 inci halia - dimayang
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
daun kari
1 sudu besar rempah kari
sedikit garam
air secukupnya
sedikit minyak
Cara²nya :
~ panaskan minyak, tumiskan kayu manis, bunga lawang, daun kari dan juga bahan² yang telah dimayang hingga garing dan wangi.
~ masukkan serbuk kari masak hingga garing, masukkan daging cincang bersama kentang,kacau sebati..
~ masukkan air dan garam dan masak hingga pekat sedikit.Angkat dan sejukkan.
Bahan² doh :
2 cawan tepung - diayak
2 sudu marjerin
sedikit garam
1 cawan air
Cara²nya :
~ gaulkan tepung bersama marjerin sehingga sebati
~ masukkan garam dan air kemudian uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan..
~ ambil sedikit doh dan canaikan/leperkan..
~ ambil acuan dan letakkan doh yang telah dicanai kemudian masukkan inti ..
P/S ~ saya malas nak gentelkan tepi² dia tu yang beli acuan tu..satu untuk saya , satu lagi acuan yang paling kecik untuk my little chef, tapi hari ni my little chef tak masuk kedapur sebab dia tertidurrr.ZzzZZzzzzz...
~ ulang langkah diatas hingga habis doh...
huh..penat jugak nak menggentel benda alah ni kalau tak guna acuan ..huhuuu
~ panaskan minyak..kemudian goreng hingga garing dan angkat.
tadaaaa...dah siap karipap panasss!!
haaa..ni ada 2 versi..satu besar satu kecik!..yang kecik tu mesti la untuk my adib n my aqhil..heheh
hah...nilah model karipap tengah lapar baru lepas bangun tido!!...
LIKE AQHIL LIKE ABAH !!!!..hikhikhik...
karipap tengah panas..laju je dorang makan!...hurmm, Alhamdulillah habis juga rezeki untuk hari ini...
SELAMAT MENCUBA
♥ U n Me ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan