teman tapi mesra

21 Disember 2011

KEK BATIK POLKADOT

Cuti sekolah ni kesian pulak ngan along, mesti banyak benda yang dia buat kat umah tu sambil nyakat si adik tu...mesti enek jadi tarzan yang vogue sambil kontrol  macho supaya pitching tak lari..hihiiii. Malam semalam buatkan kek batik untuk adib n aqhil...lepas  dorang penat bergurau senda penuh dengan kasih sayang esok boleh lah dorang makan kek batik polkadot ni haaa.....

Bahan²
1 sudu besar serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan tepung
*saya letak 4 sudu besar sahaja
1/2 buku butter
1/2 tin susu pekat
1 biji telur
biskut dot dot/marie/jejari

~cairkan butter kemudian masukkan susu pekat,serbuk milo,serbuk koko,tepung dan telur.
*saya guna kaedah double boil
~gaul sebati ngan api sederhana hingga adunan pekat

~masukkan biskut tadi kedalam adunan dan mampatkan kedalam acuan dan alaskan dahulu acuan dengan plastik kek mudah dekeluarkan dan dipotong
~simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

setelah dikeluarkan dari peti sejuk.

inilah rupa kek batik polkadot setelah dipotong..nampak tak dot dot tu..hehehe

owh silalah menjamu mata selera ye..hihiii

selepas kerja,balik rumah ingat nak rasa sedikit kek batik semalam,buka aje peti sejuk tengok tak ada kek batik semalam...bekas pun takada!,,
aikkkkk, tanya enek : mana kek batik semalam mak??..
enek jawab : budak budak tu dah makan habis....
uwarghhhhhh...tanya along pulak : napa along tak tinggalkan kek untuk ma sikit??..
along jawab : dah ma buat sedap sangat adib makan lah sampai habis..
alahai anakku sejukkk hati ma dengar..huhuuu..

SELAMAT MENCUBA

♥ U n Me 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan