Bahan²:
Ayam - potong kecil
sos tiram
Kicap masin
Kicap manis
Garam
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
bawang putih - mayang
Bawang Merah - mayang
Halia - hiris memanjang
Bawang besar - potong bulat
cili besar - hijau dan merah
cili api
Minyak
Air
Cara² :
- Basuh ayam bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing)ketepikan.
- Alih minyak goreng ayam tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj)
- Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga,bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau.
- Masukkan sos tiram dan kicap secukupnya.kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.kalau nak berkuah tambahkan sedikit air sahaja.
- Masukkan pula bawang besar,cili besar dan cili api. Kaup balikkan dan bolehlah padamkan api.
- Sedia untuk dihidangkan...
~ SELAMAT MENCUBA ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan