Bahan-bahan:
ikan parang boleh diganti dgn ikan pari, terubuk, tenggiri atau kembung
cili kering kisar
bawang merah
halia
kunyit hidup
seikat daun kesum
sedikit air asam jawa
air
minyak untuk menumis
garam secukupnya
lada hitam di tumbuk
kubis jeruk
Cara membuat:
Ikan dibersihkan
Bawang merah,halia dan kunyit ditumbuk @ di blend hingga lumat.
Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumbuk kacau sehingga wangi dan garing masukkan cili kisar. Kacau lagi sehingga garing.
Masukkan air asam jawa dan air biasa.
Masak sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit kemudian kecilkan api masukkan ikan, garam dan serbu lada hitam dan kubis jeruk.
Bila hampir masak, masukkan daun kesum. Kacau seketika bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
~ SELAMAT MENCUBA ~
♥ U n Me ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan