teman tapi mesra

24 Januari 2011

SAMBAL IKAN TAMBAN


Bahan²:
* Ikan tamban ~ ikut suka banyak mana pung!
* bawang merah ~ lagi banyak lagi bagus sebab bawang merah rasa manis dan boleh mengurangkan pedas..skang ni barang mahal, bubuh sikit udah lerr..heheh
* segenggam cili api + cili besar
* garam ~ tak perlu banyak kerana ikan tamban sudah masin...

Cara ²nya :

 * siang dan cuci ikan tamban, cili api dan bawang 

 * tumbuk @ blend kasar bawang merah bersama cili api

 * ikan tamban dibasuh dan digoreng hingga garing dan ketepikan…

 * gunakan minyak lebihan goreng ikan tamban tadi  tadi tumiskan bawang dan cili yang di tumbuk @ dikisar tadi..

 * goreng sehingga naik minyak dan tutup api..
 * setelah sejuk baru digaulkan ikan tamban bersama sambal tadi untuk mengelakkan ikan tamban tadi lemau atau lembik jika digaul semasa panas...

* saya suka makan bersama ulam ulaman je kalau masak ikan tamban macam ni, makan ngan nasi panas panas..! Sedappp..

~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan