teman tapi mesra

21 Oktober 2010

♥ KENANGAN TERINDAH ♥

last week tgh duk kemas² drawer kat opis terjumpalah satu benda alah ni...dah 12 tahun rupanya masih lagi tersimpan bukti kasih sayang kami...kalau MAKNA NAMA korang leh dapat dari apliksai kat facebook, so saya nk tunjuk korang MAKNA NAMA kami ni....note ni masa tgh sama² kursus kat Lembaga Jurukur Tanah....Lawak giler bila teringat time ni kan daling..kehkehkeh,,,I MISS U my dear En. Ruzaimi Yahaya !...♥


    
ayu razeman

14 Oktober 2010

HOMEMADE LULUR

bahan-bahan :
beras pulut
halia
kunyit
cekur
susu tepung

Lulur badan ini boleh dibuat secara basah atau pun kering.  Sebenarnya kita boleh buat lulur ini dalam kuantiti yang banyak di sesuatu masa.Sebahagian lulur boleh digunakan pada hari kita membuatnya.  Selebihnya itu bolehlah dikeringkan.  Cara membuat lulur ini sama seperti membuat bedak sejuk.Kemudian dibiarkan hingga kering, dan disimpan.  Bila nak dipakai, bancuhkan saja dengan sedikit air.kalau yang dah berkahwin tu bolehlah minta tolong pasangan anda melulurkan badan anda disamping mengeratkan lagi hubungan suami isteri kannnn.....menambahkan lagi rasa kasih sayang! hehehe.
Gosokkan dengan perlahan dan lama sedikit di bahagian berlipat seperti di belakang telinga, tengkuk, belakang lutut dan sebagainya.  Biarkan mengering selama 20 - 30 minit.  Kemudian basahkan kedua-dua tangan dan sama-sama pula membersihkan dari badan dan mandi.selepas melulur badan tidak perlu menggunakan sabun. Penggunaan lulur ini membantu membersihkan kotoran pada kulit agar kelihatan bersih, menghaluskan kulit serta menghilangkan bau badan.....
Rm3 1 BUNGKUS (45g)


sebelum di campur dengan air

setelah di bancuh dengan air
khasiat cekur:
cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu.




khasiat kunyit :
Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut.
Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu pada tubuh akan membantu menghaluskan kulit.
Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.
Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.


nak cuba buat jamu asam kunyit klik sini :Jamu Kunyit Asam

khasiat halia:
Halia dipercayai dapat merawat demam dan membuang angin dalam badan.
Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.


sesiapa yang berminat untuk mencuba lulur ini sila emai kepada saya ye : ayu_razeman@yahoo.com

harga :
1 pek kecil RM 3 ( 45 g )

p/s : lulur dijual dalam bentuk kering.Satu pek ini boleh digunakan sebanyak 2 kali,guna 2 sudu besar dan dicampurkan dgn air seperti gambar diatas..

  
ayu razeman

12 Oktober 2010

PETUA HARUMKAN AIR MANI ISTERI

Bahan bahan :
seketul gula batu
1 biji limau nipis size biasa
1 gelas biasa air suam

Cara penyediaannya :
tumbuk gula batu hingga hancur, kemudian masukkan air suam tadi,perah limau nipis tadi ke dalam gelas dan kacau hingga sebati.Minum hingga habis sambil selawat 3x semoga ramuan ini menjadi ubat yang mujarab dengan izin Nya Yang Maha Esa...

Boleh diminum pada waktu pagi atau malam.Petua ini dapat mengharumkan air mani bagi orang perempuan dan petua ini juga dapat melangsingkan badan...Ya, memang betul petua ini amat berkesan kerana saya telah mengamalkan petua ini selama 4 bulan,dan saya amat berpuas hati terutama pada bahagian perut saya amat jelas sekali mengalami perubahan, kalau dulu perut saya ni macam mengandung 4 bulan aje..tapi alhamdulillah
setelah memgamalkan petua ni..perut saya semakin kempisssss.....hehehe
Oppsss, mintak maaflah saya tak ada gambar bahagian "perut" yang nak dikongsikan disini..huhuhu
Cuma saya ada gambar sebelum dan selepas saya menjalani "Ibadah Diet" selama ini...  klik disini : ADAKAH SAYA TELAH KURUS?????

adakah saya telah kurus..??? sebab saya rasa spare part kat badan saya semakin berkurangan..huhuhu,,,kalau betul...yessssssssss!!!!!!

Selamat mencuba ye kengkawan...~ Sharing Is Caring ~

  
ayu razeman

05 Oktober 2010

KURMA,KISMIS DAN MADU

KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah
kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan
menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21
biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, mengua! tkan saraf dan
menghilangkan letih".

MADU
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu
memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan
niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari
77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat
hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir
dan membersihkan hati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".


  
    
ayu razeman