teman tapi mesra

10 September 2012

Easy No Bake Cookies

Sumber : myresepi.com
Bahan-bahan:
2 cawan gula - saya kurangkan gula sebab manis sgttt...
4 tbsp serbuk koko
1/2 cawan butter
1/2 cawan susu segar
3 cawan oats 
1/2 cawan peanut butter

Cara-caranya :
susu + gula + butter + serbuk koko dipanaskan diatas apai selama 3 minit...
angkat, masukkan peanut butter dan oats..gaulkan...- boleh juga dimasukkan gajus,kismis badam atau cornflakes..ikut suka korang la nak masukkan apa punnn..heheh
sendukkan guna sudu letak atas kertas minyak..buat macam jemput-jemput tu...
saya belasah je masuk semua dalam loyang..huhuu
simpan dalam peti sejuk untuk keraskan...


SELAMAT MENCUBA

31 Julai 2012

AGAR AGAR STRAWBERI BERSANTAN

resepi ni saya rujuk daripada rakan fb Noraslinda Bugal...tapi saya tukar perasa jela ngan tambah buah stoberi tuh..hek hek...

bahan-bahan :
1 bungkus agar2 strip/bertali(kat paket tu tulis 25 gram)

1500 ml air

5 cawan santan
220 gram gula pasir(boleh adjust ye,ikut kemanisan masing2)
1 biji telur Gred A(ambil putih telur sahaja)
1 sudu teh stroberi emulco
1/2 sudu teh garam
Gula batu(lbh kurang 2cm,x nak buh pun x pe)

buah stoberi dihiris nipis-nipis
sedikit buah laici
pewarna merah


CARA MEMBUATNYA:

Agar2 dibasuh dan dimasak dengan air dan daun pandan hingga mendidih
Masukkan gula pasir,gula batu,pewarna merah, stoberi emulco dan garam.Kacau rata
Tuang santan,sementara menunggu bahan tadi mendidih,pukul putih telur sehingga kembang
Agar2 dah mendidih,tutup api dan tapiskan ke dalam bekas/mangkuk besar
Segera tuangkan putih telur yg telah kembang tadi ke dalam bekas berisi agar2
Kacau laju dan rata selama 5 minit,kemudian tapis sekali lagi..
Tuang adunan ke dalam loyang/acuan
Sejukkan dan simpan dalam peti ais


~ SELAMAT MENCUBA ~

10 Julai 2012

POPIA KETAM BERKEJU

Buatkan sarapan untuk My Adib n My Aqhil popia ketam berkeju ni, tapi dorang tak suka la plak..dorang cuma makan kulit popia tu je....ada ke dorang cakap cheese tu untuk tikus je...alaa yg macam tom n jerry tu maaa..kata adib, Adehhhhhh.....meh kita menggulung popia ni..resepi saya dapat dari teman fb..

Bahan²
beberapa keping cheese ~ saya guna kraft punya
kulit popia
jejari ketam

Cara²nya.
letakkan jejari ketam kedalam cheese kemudian gulungkan bersama kulit popia tadi
ulang sehingga habis
gorengkan dan hidangkan..

 ~ SELAMAT MENCUBA ~

09 Julai 2012

HOMEMADE NUGGET

Malam minggu lalu buat naget jenama 'my bintang hati' hihiii....kali ni pembantu chef tak sempat nak bantu saya..dorang sibuk main kat luar ngan rakan seperjuangan dorang..hek hek
jadi saya sorang² jelah gigih berusaha menggentel naget ni...

bahan²
400g daging ayam kisar ~ saya guna jenama ramli
250g taufu lembut
sebiji telur
sedikit garam
200g serbuk roti putih ~ saya guna 6 keping roti gardenia, toastkan dan kisar halus
lada sulah
2 sedu kecil baking powder

~untuk coating~
2 biji telur dipukul sedikit
serbuk roti warna oren

cara²nya :
~ ini serbuk roti gardenia yg ditoastkan kemudian dikisar halus..

~ tapiskan dulu taufu didalam bekas berlubang lebih kurang setengah jam untuk  keluarkan air yg terdapat pada taufu tu...

~ masukkan daging ayam, taufu, lada sulah, sebiji telur, serbuk roti putih serta sedikit garam dan gaulkan sebati, kemudian bentukkan mengikut acuan masing² la...

~ jika adunan terlalu lembut, boleh tambahkan serbuk roti lagi..sapukan sedikit minyak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentuknya... 

p/s : adunan resepi ni lembut sedikit jadi saya tambahkan sedikit lagi serbuk roti...

~ pecahkan telur didalam bekas dan celupkan nugget tadi kedalam telur..
saya guna acuan bintang, carik acuan love tak ada pulakk..huhuu

kemudian salutkan nugget tadi dengan serbuk roti...ulang hingga habis...

nugget "bintang hati" saya yang telah siap..heheh
~ simpan dalam plastik dan sejuk bekukan...


~ SELAMAT MENCUBA ~

03 Julai 2012

BISKUT JEJARI ADIB N AQHIL

errrr biskut jejari adib n aqhil ekkk...meh tengok camne rupa agak nya ekk...


bahan²
biskut lady finger ~ alaaa yg buat tiramisu tuuu...
coklat compound
butter
chocolate rice
batang lolipop



mula mula cucuk batang lolipop pada biskut macam My Adib buat ni haaa....

buat seberapa banyak yang korang nak laa...

cairkan coklat bersama butter ngan guna kaedah double boiled...

lepas tu celupkan biskut tadi ke dalam coklat tadi...

taburkan cocolate rice dan biarkan sejuk dan bolehlah makan...

sedap jek adib n aqhil ni layan biskut ni....

sehingga menjilat bibir...malam tu jugak dorang habiskan biskut ni..tak sempat nk simpan utuk besok..huhuuu

Meh kita skodeng apa My Aqhil ni buat.....sebab ma punya bekas coklat dah hilang..nak basuh, puas cari tapi tak jumpa!...


Oooo..patutlah ma cari tak jumpa.....
rupanya ini kerja adik ek....

ish ishhhh....smpi habis colat tu di makannya...

haishhhh..adik ni tak cukup ek biskut tu smpi nak makan segala lebihan coklat tuh...

~ SELAMAT MENCUBA ~

20 Jun 2012

KERABU PUCUK BETIK

bahan² :
pucuk betik
bawang besar
tomato
cili api
kerisik
kelapa goreng
sedikit belacan
garam
gula
sebiji limau kasturi

                                           cara²nya :
pucuk betik direbus sekejap sahaja bersama sedikit garam,jangan terlalu lama...
kemudian hiriskan pucuk betik,tomato serta bawang besar..
gaulkan pucuk betik, tomato serta bawang bersama belacan, kerisik dan kelapa goreng hingga sebati..
tambahkan garam, gula dan perah sedikit limau nipis...
gaulkan lagi sekali dan hidangkan..

~ SELAMAT MENCUBA ~

18 Jun 2012

PAIS TEMPOYAK BILIS

bahan² :
segenggam ikan bilis
kunyit hidup
cili api ~ ikut kepedasan masing²
 tempoyak ~ ikut kepekatan masing²
 daun kunyit / daun pisang
garam


 cara²nya :
kunyit,garam dan cili api ditumbuk @ diblend


 kemudian gaulkan bersama ikan bilis tadi..

bungkuskan dan masukkan kedalam periuk nasi yang mana nasinya hampir masak dan tutup periuk nasi, tunggu sehingga nasi betul-betul dah masak baru keluarkan ....

inilah hasilnya....Sila sila semua.. :)

~ SELAMAT MENCUBA ~

15 Jun 2012

HOMEMADE PROSPERITY BURGER

Menu untuk berbuka semalam....hihii tingin nak makan prospereti beger..Menunya simple je dan rasanya sejibik McD punyerrrr!!!....tak caya cuba try test buat tengok, konpem korang buat lagik...my adib siap order dua bijik lagi satu tak cukup...sedappp dia cakap...dia cakap la kan..bukan saya!( bebudak cakap tak tifu punyerrr..)


Bahan ²
sandwich bread rolls
burger lembu oblong
perencah berlada hitan
bawang bombay

masakkan serbuk perencah berlada hitam bersama air sehingga pekat

masakkan/grillkan beger oblong ni 

celupkan beger oblong kedalam perencah lada hitam tadi, letakkan hirisan bawang dan siapp!!!

dan jemputlah menjamu mata selera ye...

2 bijik beger ni dia makan!..ma punyer pun siap ngendeng lagik tuuu.... :)

~ SELAMAT MENCUBA ~

14 Jun 2012

TIRAMISU YANG COMOT...

Semalam buat kek tiramisu untuk besday My hitam manis....gigih jugak buat kek ni walaupun dah lewat..dah pukul 11.45 malam tgh gigih buat kek ni, mana taknya nak kena tidorkan dulu My Adib  ni haaa...dia takkan tido sorang punyalah..mesti nak berkepit bawah ketiak baru boleh tido..haishhhh....tgh duk buat kek ni tetiba lak My hitam Manis balik.....kunun nak surprise la kan hari ni untuk besday dia....tapi nasib baik dia buat tak tahu je....hihiii..teruskan misi...hekhek..

Hepi besday Abah!
bahan²:
Resepi ni saya search google tak ingat blog mana satu..huhuu

sebiji kek span ~ saya guna biskut jejari (lady finger)
200ml whipping cream
250g cream cheese ~ saya guna Philadelphia
1/2 cawan gula kastor
1 cawan air panas ~ untuk bancuhan nescafe
1 sudu makan nescafe
serbuk koko untuk hiasan

cara²nya..
satukan gula cheese dan cream, pukul sehingga kembang.

bancuhkan nescafe dengan secawan air panas..

celupkan biskut jejari kedalam bancuhan nescafe tadi ~ jgn rendamkan!

susunkan biskut tadi kedalam acauan

sapukan adunan tadi keatas biskut dan ratakan

taburkan serbuk koko keatas adunan dan ulang sehingga habis, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 2-4 jam...

JOM LAYAN BESDAY BOY...erkkk BOY lagi ke???..huhuu
sempat buat kuey tiaw je pagi tadi..huhuu

selamat hari lahir abah ~ moga panjang umur murah rezeki dan diberkati kehidupan didunia dan akhirat oleh-Nya..amin.
P/s ~ Adib tension ke tak dapat kek!..hihii

Besday BOY!...errrr...dah tua jadik tak payah la letak lilin ek!

ngan ibuk mertuaku...

suap adib ajer??..ma penat buat kek tu taknak suap jugak ke??..huhuuu

Eeeeeiiiii...tak adil macam ni?..suapkan ma jugak!....

layan kuey tiaw...

sedap tak along? huhuuu...
p/s ~ adik tak masa ni, dia tengah layan bantal lagi...hihii


~ SELAMAT MENCUBA ~