teman tapi mesra

19 April 2012

KEK COKLAT SKITTLES n SMARTIES



Semalam buatkan kek coklat untuk My Adib n My Aqhil....kek tu saya taburkan gula gula SMARTIES dan SKITTLES ..ada rasa masam masam manis sikit sebab SKITTLES tu saya guna yg warna hijau.....


Bahan²:
1 bungkus kecil Skittles
1 bungkus Smarties
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 1/4 cawan tepung ( saya guna tepung kek..)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

*saya tak masak adunan ini seperti kebanyakkan kek coklat kukus yang selalu kita buat tu..saya  pukul semua adunan ni sebelum dikukus...ok jugak hasilnya.. :)

Cara²nya:
~ ayakkan tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder
~ pukul telur bersama gula hingga kembang..
~ masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit diselangi susu cair dan susu pekat..
~ kemudian masukkan minyak dan kacau adunan hingga sebati..
~ masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

*untuk topping pun pun saya main hentam cromox aje..hihii
agak agak sendirik la nak taruk byk mana pun..nama pun hentam kromo je kannn..huhuu

Topping : 
sedikit bar cokelat
1/2 cawan serbuk koko
susu cair
susu pekat manis

~ masak semua bahan diatas secara double boiler sehingga sebati...tutup api dan curahkan keatas kek yang telah sejuk tadi....

Meh layan My Adib N My Aqhil...



adik ni sebenarnya bukan nak makan kek tu,,nak makan gula gula sebenarnya!!!..

yang ini buat masa besday My Aqhil 2 tahun....dah lama dahhh...hihiii

~ SELAMAT MENCUBA ~

17 April 2012

SAYA NAK JUAL SYILING LAMA RM5 TAHUN 1971....SIAPA BERMINAT???

Salam...saya ada syiling lama Rm5 tahun 1971 dan berhasrat untuk menjualnya..sesiapa yang berminat sila hubungi atau hantar email saya : ayu_razeman@yahoo.com





13 April 2012

UDANG MASAK TAUCU

Bahan²
10-15 ekor udang 
10 tangkai cili api ~ di ketuk
cili besar merah dan hijau ~ dibelah dua
bawang besar ~ dihiris bulat bulat
bawang merah
bawang putih
halia
kayu manis
bunga lawang
sepeket taucu
air asam jawa secukupnya
garam dan sedikit gula
minyak


Cara²nya :
Udang disiang dan dibuang kulit ( takmo buang kulit pun takpa...),gorengkan udang separuh masak..taknak goreng pun tak apa jugakkkk...hehehe
Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia
Panaskan minyak, tumiskan bawang dan halia bersama kulit kayu manis dan bunga lawang tadi hingga garing.
Kemudian masukkan sepeket taucu tadi goreng sekejap kemudian masukkan air asam tadi..
Biarkan mendidih sekejap barulah masukkan garam,sedikit gula, udang serta cili api dan cili besar....masak lagi sehingga cili besar dan empuk sedikit...barulah masukkan bawang besar yg telah dihiris bulat..kaup balikkan dan tutup api.

~SELAMAT MNCUBA~

♥ U n Me