teman tapi mesra

30 Ogos 2010

KEK COKLAT KUKUS

wat besday kek tuk along.....
,besday anak kedua saya,siap tabur smarties ngan smarties kecik(sweat sour)..ermmmm..sedap! hahaha angkat bakul sendiri..

  
KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan :

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
1¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur

Hiasan Lapisan Coklat:

250g coklat masakan
1 sudu besar butter
130ml whipping krim

Caranya:
Masukkan serbuk koko, gula, susu, minyak dan kacau hingga sebati.
Masak ngan api yang perlahan hingga sebati.Pukul telur hingga
kembang masukkan ke dalam adunan tadi.kemudian masukkan
tepung,baking powder dan soda bikarbonat yang telah 
diayak dan kacau hingga sebati,kemudian masukkan dlm
bekas dan kukus selama 45 minit.

Cara memasak lapisan coklat:

Cairkan coklat secara double boiler,kemudian masukkan marjerin
dan krim gaul hingga sebati dan curahkan kek tadi dan ratakan.

HOMEMADE MULBERRY JEM


buah mulberry ni ambik kat kampung ibu mertuaku di Beranang,Selangor...

28 Ogos 2010

resepi sup sayur untuk diet ~ 1 minggu 2-4kg hilang...saya dah cuba.

SUP SAYUR
~ bawang besar
~ capsicum hijau @ lada benggala
~ tomato
~ kubis @ sawi
~ saderi
~ garam & sebuk lada
~ dada ayam

cara2 nya
~bhn2 diatas dipotong sederhana,masak kesemua bahan diatas selama 30 minit.

HARI PERTAMA
~ minum sup sayur sebanyak mana yang mampu (rasa lapar je telan sup sayur ni..)
~ makan semua jenis buah buahan KECUALI pisang
~ minum air tanpa gula @ jus buah buahan tanpa gula - jus tembikai paling tepat kerana rendah kalori

HARI 2
~ minum sup sayur sebanyak mana yang mampu (rasa lapar je telan sup sayur ni..)
~ makan sayuran segar samada mentah @ dimasak KECUALI jenis kekacang dan jagung
~ utk malam, mkan kentang rebus hidangan besar tanpa mentega/mayonis, ganti dgn garam n ladahitam

HARI 3
~ gabungkan menu hari pertama & kedua,untuk menu hari ini kentang tidak diperlukan
~ minum sup sayur sebanyak mana yang mampu (rasa lapar je telan sup sayur ni..)
~ sekiranya anda betul2 ikut menu ini,pada hari ketiga anda akan turun sebyk 2 kg..

HARI 4
~ makan byk pisang, minum susu rendah lemak dan sup sayur.
~ pisang tinggi kalori, karbohidrat dan potassium,protein dan kalsium dtg dari susu...
~ minum sup sayur sebanyak mana yang mampu (rasa lapar je telan sup sayur ni..)

HARI 5
~ hari untuk daging dan tomato - makan 300g-600g daging(ayam/ikan) dan6 biji tomato mentah.
tomato membantu mencernakan protein dan mencuci pembinaan asid urik..
~ makan sup sayur sekali sahaj pd hari ini

HARI 6
~ daging (direbus/bakar) dan sayur sayuran (mentah/dimasak)
~ makan sup sayur

HARI 7
~ makan nasi beras perang
~ jus kurang manis dan makan sayur sayuran
~ makan sup sayur sekali sahaj pd hari ini

SELAMAT MENCUBA KENGKAWANNNNN....

wah..hebat nya ma!..huhuhu

'Wah..hebatnya ma, ma masak apa ni...? ma masak ayam belanda ke..?sedapnya ma!..along naklah ma.. hah, itulah perkataan yang keluar dari mulut anak ku bila aku sudah siap masak ayam golek Rosemarry Grill Chicken....entah mana dia dapat perkataan ayam belanda tuh..hentam jela wahai anak....huhuhu terasa bangga pulak ibumu ni mendapat pujian dari anak kecil ini.....
terima kasih anakku kerana menghargai apa yang ma buat walaupun tak seberapa...hermm hilang rasa penat bila dapat pujian dari anak....( walaupun tak dapat pujian dari si suami..) huhuhu...
haa..memang bersungguh dia makan....ayam belanda!

 minta izin ye kak amal...

Ini resepi Rosemarry Grill Chicken

Bahan2nya......
1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering

Cara:

Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit.
Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.

25 Ogos 2010

My adib's dah jadi anak bujang eh!...

assalamualaikum...
hari ni seharian berada di GH...hari anak bujang ku ada operation Hernia..sekali gus sunatkan dia sekali...rupa rupanya memang rezeki along lah hari ni, langkah kaki kanan..along dapat duit raya sebanyak RM50 sumbangan dari Bank Rakyat yang kebetulan berada di Wad Unit Rawatan Harian (URH)...alhamdulillah!..Ngeee

pendaftaran masuk wad
tunggu turn masuk bilik bedah
babah pun tunggu turn ek?
baru selesai pembedahan
alahai dah besar anak abah, dah jadi orang bujang!huhuhu
along dapat duit raya..
Ngantuks,kesan ubat bius masih ada
sian anak ma..
alamak! sel sel mutant kembali aktif!..helpppp
my anak bujang! heheh

sini ada sedikit info tentang Hernia di petik dari Utusan Malaysia :-

ARKIB : 28/10/2007

Hernia angin pasang - Usus terjulur keluar

ANDA perasan, ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang. Benjolan itu timbul semasa anda batuk, bersin, berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal lain.
Namun, ia tidak kelihatan seolah-olah bersembunyi dan menghilangkan dirinya apabila anda berbaring mahupun terjaga dari tidur pada waktu pagi keesokan harinya.
Lazimnya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesakitan, cuma rasa agak kurang selesa, malah ada benjolan yang masuk semula dengan sendirinya.
Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat.
Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan.
Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.
Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut. Inilah dia. Pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia.
Walaupun namanya boleh sahaja membayangkan seorang perawan dengan rupa paras yang menarik, hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghidapi hernia, 1:10.
Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi, Hospital Pakar Putra (Batu Pahat), Johor, Dr. Chan Kin Yoong berkata, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.
‘‘Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.
‘‘Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar,’’ ujar beliau.
Nama penyakit ini berasal dari bahasa Latin, herniae, yang bererti penonjolan isi suatu rongga melalui tisu nipis yang lemah pada dinding rongga itu.
Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar berupa bahagian dari usus,
Menurutnya, umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan lebih sering dialami kaum Adam berbanding Hawa.
‘‘Ini terjadi kerana adanya perbezaan proses perkembangan alat reproduksi lelaki dan wanita semasa janin.
‘‘Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
‘‘Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu dapat menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia,’’ kata Dr. Chan.
Pesakit sering mengeluh adanya benjolan yang tidak menyakitkan namun cukup mengganggu, bergantung berapa besar penonjolannya. Penonjolan muncul kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut, menyebabkan penonjolan di tempat yang lemah.
Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.
Mengulas lanjut, katanya, hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan, yang merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan.
Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama.
‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.
‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.
‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya.
Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu.
Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit.
Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar.
Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak.
‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya.
``Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’
*Rawatan
Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya.
‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan.
Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks.
Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada.
Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi.
‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya.
Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum).
Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh.
Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat.
‘‘Pada kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya.
‘‘Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus.
‘‘Akibatnya, tidak hanya cairan yang keluar, usus pun dapat keluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia,’’ ujar Dr. Chan sambil menambah, pada kanak-kanak, tindakan hanya ditujukan untuk menutup lubang.
Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya.
Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah.
Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan.
Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk.

24 Ogos 2010

PROJEK RAYA ~ BALANG KUIH BERHIAS ~

1pc RM 8
   1set (6pc's) RM 48


*Hitam itu mengawan,,..opsss!

alkisahnya,,,dah tahu diri tu tak leh nak makan dagingkan sapa suh gatai tangan tu pegi beli tulang lembu! haaa, apalagi kerja tukang masak ni, hehehe terus jela jalankan tugas ngan baiknya.....menu berbuka hari ni ialah sup tulang + telur dadar + ulam ulaman n sambal belacan jer....tapi apa yang terjadi pada daling saya ni...huhuhu, haaa sila tengok ni...

haaa..nila dia dah bertukar jadi mutant dah..hahaha





ni gambar sebelum jadi mutant..ngeeeee

habis semua bengkak bengkak...elergik makan daging + migrain = Mutant, hehehe
nasib baik la my daling ni datang migrain, kalau dia datang maigeram dia...ishkk naya aku, uhuk huk..
nih ada pantun 2 kerat tuk mu my daling..

                                       hitam hitam si tampuk manggis

                                       biarpun hitam kupandang manis

*Hitam itu kan Mengawan...opppssss...salah ek, ngeh ngeh * Hitam itu menawan ,♥....
kan daling kan..huhuhu..luv u!.♥.



18 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN...camne rasa nyer bila ada blog sendiri ek!...hurmmm

salam....
camni rupanya bila dah ada blog sendiri ek...:) ,selalu saya asyik duk bertandang rumah orang je, huhuhu..skang ni dah umah sendiri,,rasa hepi jer sebab dah berjaya buat blog sendiri, hehehe.Lepas ni kena la rajin singgah kat umah saya ni...kemas apa yang patut,,rumah baru ler katakan...