teman tapi mesra

15 November 2011

AYAM GORENG SAMBAL CILIPADI

*Peringatan ~ masakan saya ni kebanyakkannya resepi orang Minang..sebab mak mertua saya orang minang..kalau masak sambal bercili ni, mak mertua saya cuma gunakan bawang merah sahaja..tak ada masukkan bawang putih atau halia bagai yee..hehe  :p


Bahan²:
~ 4-5 ketul ayam telah digoreng
~5-6 ulas bawang merah - lagi banyak lagi bagus sebab bawang merah rasa manis dan boleh mengurangkan pedas..skang ni barang mahal, bubuh sikit udah lerr..heheh
~ 10-15 cili api + cili besar
~ garam secukupnya
 ~ minyak lebihan goreng ayam tadi..


Cara ²nya :
~ tumbuk @ kisarkan cili api bersama bawang (kalau saya gunakan pengisar kering jer lagi cepat..)
~ kalau nak kurangkan pedas boleh dicampur dengan cili besar dan lebihkan bawang.... 
~ panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi dan masukkan cili yang ditumbuk @ blend tadi, masukkan garam dan masak hingga sedikit garing baru masukkan ayam yang telah di goreng tadi.....
~ gaul rata dan kemudian hidangkan


~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan