teman tapi mesra

28 November 2013

TEMPE BEREMPAH

Bahan²:
tempe
air
2 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sb serbuk kari
1 sb jintan
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara ²nya :
*tempe dipotong memanjang dan nipis..
*bancuhkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, jintan manis dan garam bersama air..
*masukkan tempe yang telah dihiris nipis
*panaskan minyak dan goreng hingga garing


~SELAMAT MENCUBA~

26 November 2013

Sphagetti Bersosej

Bahan²
Sphagetti
sosej
sedikit minyak zaitun
bawang putih
serbuk lada hitam Ajinomoto
daun parsley kering
garam

cara²:
*rebus sphagetti bersosej bersama sedikit minyak hingga lembut.
*bawang putih dicincang dan tumiskan dengan minyak zaitun sehingga naik bau..
*masukkan sphagetti bersosej tadi, perasakan garam dan serbuk lada hitam Ajinomoto tadi..
*goreng sehingga sebati dan masak, angkat dan taburkan daun parsley kering tadi.

~SELAMAT MENCUBA~

22 November 2013

EGG WHITE VEGGIE FRITTATA

Ini resepi untuk diet..

Bahan²:
2 biji telur ~ ambil putih sahaja dikacau
1 biji tomato di cincang
segenggam daun bayam
sedikit garam

Cara²:
*campurkan telur, tomato,bayam dan garam
*panaskan kuali dengan sedikit minyak
*masukkan bahan diatas dan kacau sehingga masak.

~SELAMAT MENCUBA~

21 November 2013

SAMBAL IKAN DAUN KUCAI

Bahan²:
* 3-4 ekor ikan ~ apa² jenis ikan pun boleh
*seikat kucai~ dipotong² sepanjang jari telunjuk
* bawang merah ~ lagi banyak lagi bagus sebab bawang merah rasa manis dan boleh mengurangkan pedas..
* segenggam cili api + cili besar
* garam

Cara ²nya :

 * ikan disiang dan dicuci bersih dan digoreng,  
* tumbuk @ blend kasar bawang merah bersama cili
  * gunakan minyak lebihan goreng ikan tadi tumiskan bawang dan cili yang di tumbuk @ dikisar tadi..
* goreng sehingga naik minyak, masukkan garam dan daun kucai tadi,kaup ballikkan dan tutup api..
 *gaulkan ikan bersama sambal tadi.

~ SELAMAT MENCUBA ~

15 November 2013

ANUGERAH MATAPELAJARAN TERBAIK

Ehemmm...Salam,hari ni tak ada entri resepi yer..heheh

Semalam 14.11.13 sekolah My Adib ada Majlis Anugerah Cemerlang, dan My Adib juga turut terlibat kerana mendapat satu Anugerah Matapelajaran Terbaik iaitu Pendidikan Islam...Alhamdulillah itu pun sudah cukup membuatkan hati ma dan abah merasa bangga...dapat satu pun takapa, tahun depan cuba lagi dapatkan lebih banyak anugerah ye sayang!...

Dan meh sini kita tengok ucapan '♪ ♫..Beribu ribu tania..♪ ♫ beribu ribu tania ♪ ♫
untuk My Adib..hikhik

sementara acara berlangsung..sempat jugak pergi intai² My adib kat tempat khas dorang...Jom kita skodeng!!...
sebelum ke sekolah kita layan mamaks dulu..hehe

sahabat baik, dari darjah satu sampai sekarang walaupun dipisahkan kelas yang berlainan tetap kamceng...

antara kawan² yang mendapat anugerah..masa ni cikgu dorang takde dalam kelas..apalagi ma suruh dorang posing..heheh

kena beratur nak pergi pakai jubah..

tetap nak bergambar berdua..dimana ada Adib mesti ada dia..hehe

berposing ngan jubah


'macam shomell jer..macam cutee jer!!..'... heheh ternampak budak chomel ni..suruh dia posing nak ambil gamba dia..malu² pulak dia..tapi yang pasti dia chomell!!...



beratur nak pergi ke dewan untuk penyampaian anugerah..

My adib!!

senyum anak ma..hihi

ngan My Hitam Manis lerr...hekhek..


ma pun nak jugak bergambar ngan Adib..

dengan hadiah masing²..

Tahniah My Adib!!..tahun depan dapatkan lagi banyak ye sayang!..In Shaa Allah..

budak ni nama dia Musdanial..heheh nak jugak suruh ambik gamba dia...

~SEKIAN..Cerita Dah Habisss..~
HekHekkk....

13 November 2013

HAPPY 13th ANNIVERSARY

Semalam, 12.11.13 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13..Alhamdulillah diatas segala rahmat-Mu ya Allah..semoga berpanjangan hingga ke syurga ikatan ini..Amin Ya Rabbalalamin.
Bahan²:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ( saya guna sebuku butter 250g tu )
2 cwn gula castor ( kurang kan sikit sebeb manis kek ni) 
5 biji putih telor 
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar 
pewarna
kertas minyak

Cara² :
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula sampai kembang...kemudian masuk telur pukul hingga kembang..
3. Masukkan esen vanila, tepung berselang seli dengan susu segar.Pukul hingga sebati.
4. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dalam 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
5.Sapukan loyang dengan marjerin dan alaskan kertas minyak, bakar satu persatu guna loyang 8 inci,jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, 
6.Bakar pada suhu 170C @ 180C dalam 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan 
7. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream bla bla bla...hehehe..

Topping ~ cara saya ( apa yg ada dalam gobok..heee)
*/k 150g shortening 
*1/2 - 1 cawan gula kastor/icing
*1/2 cawan susu segar
*semua bahan diatas putar sebati dan sapukan pada setiap layer kek.
gula² skittles pek hijau dan merah..untuk tabur atas kek.

P/S : l/k = lebih kurang

nak guna topping yang ini pun bolehhh....
~Topping Creamcheese~
250 gm cheesecream
120 gm butter
130 gm gula icing
* Putar hingga sebati dan sapukan pada setiap layer kek.





~SELAMAT MENCUBA~

mehtengok kejadian di Facebook pulak...ngeeee


♪ ♫  Untuk Dia...♪ ♫ Untuk dia...♪ ♫...
ini je yang mampu untuk 'My hitam Manis' tu...hehe

 Jadilahkannnn...ada jugak hadiahnya.

with love...Muahhh

12 November 2013

SAMBAL AYAM KACANG PANJANG

Bahan²:
* 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
*kacang panjang ~ patah²kan seperti ulam tu...
* bawang merah ~ lagi banyak lagi bagus sebab bawang merah rasa manis dan boleh mengurangkan pedas..skang ni barang mahal, bubuh sikit udah lerr..heheh
* segenggam cili api + cili besar
*bawang besar ~ dipotong bulat @ sukahati korangla nk potong macam mana...heheh
* garam

Cara ²nya :
 * ayam disiang dan dicuci bersih dan digoreng,  
* tumbuk @ blend kasar bawang merah bersama cili
  * gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi tumiskan bawang dan cili yang di tumbuk @ dikisar tadi..
* goreng sehingga naik minyak, masukkan garam,bawang besar dan kacang panjang tadi,kaup ballikkan dan tutup api..
 *gaulkan ayam bersama sambal tadi.

~ SELAMAT MENCUBA ~

11 November 2013

HOMEMADE BURGER

Mood tengah rajin..balik dari sekolah adib terus teringin nak makan homemade burger..meh kita layan burger..

Bahan bahan:
Ramli beef burger
bawang besar hiris bulat bulat
tomato
salad
timun
roti burger
sos tomota/cili
mayonis

Cara caranya:
*panaskan kuali dan masakkan daging burger..

*minyak yang keluar dari daging burger tadi jangan dibuang...masukkan bawang besar dan goreng guna minyak tu sehingga kekuningan dan layu..angkat dan ketepikan.

*hiriskan tomato, timun dan salad.

*sapukan sos cili/tomato dan mayonis pada roti burger, kemudian letakkan daging burger serta tomato, timun dan salad.

heh!..my adib tak sabar sabar nak makan burger...hohoho..
silalah semua menjamu mata selera!...ahakss

~SELAMAT MENCUBA~

08 November 2013

CONEY DOG

Lepas ambik my adib dari sekolah sampai je rumah terus keluarkan segala makneka dalam peti sejuk tengok apa yang boleh dimasak...masa balik dari ambik adib tadi hujan lebat sangat..tentulah my adib ni lapar rasanya....nasib baik ada leftover kuah spegetti malam tadi..roti hotdog pun ada lagi..heheh jom buat Connie Dogggg....

Bahan bahan:
kuah spegetti
sosej
roti hotdog
cheese
lada capsicum ~ potong dadu

Cara caranya:
*panaskan kuah spegetti sehingga pekat
*rebuskan sosej
*masukkan sosej kedalam roti hotdog,kemudian tuangkan kuah spegetti atas roti..
*taburkan cheese dan bakar sekejap sehingga cheese cair ~ saya bakar guna pemanggang ajaib.

P/S - kali ni tak ada iklan my heroes sebab tak sempat nk snap gamba dorang...hekhek

yang dua ketul ni untuk my heroes Adib n Aqhil..

yang bercili ni ma punyalah..abah punya takde sebab belum balik dari kerja..hehehehe
Jemput tengok makan..

~SELAMAT MENCUBA~

07 November 2013

Basic Butter Cake Pemanggang Ajaib

Bahan²:
250g butter 
2 @ 2 1/2 tepung gandum
1 cawan gula kastor
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla

Cara²:
*Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
*Pukul gula bersama butter hingga kembang.
*Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.masukkan esen vanilla.
*Masukkan tepung sikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
*Sapukan pemanggang dengan sedikit minyak atau marjerin kemudian masukkan adunan ke dalam pemanggang.bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Dan seperti biasala penggemar tegar kek dalam rumah ni sudah semestinyalah hero kecik dua orang nihhhh...
 fresh from pemanggang..hikhik..panas² lagi bebudak ni dah serbuu


tengokla nih macam² style bebudak nih..takpe janji ma punya kek habis korang makan..hehehe

~SELAMAT MENCUBA~