teman tapi mesra

20 Jun 2012

KERABU PUCUK BETIK

bahan² :
pucuk betik
bawang besar
tomato
cili api
kerisik
kelapa goreng
sedikit belacan
garam
gula
sebiji limau kasturi

                                           cara²nya :
pucuk betik direbus sekejap sahaja bersama sedikit garam,jangan terlalu lama...
kemudian hiriskan pucuk betik,tomato serta bawang besar..
gaulkan pucuk betik, tomato serta bawang bersama belacan, kerisik dan kelapa goreng hingga sebati..
tambahkan garam, gula dan perah sedikit limau nipis...
gaulkan lagi sekali dan hidangkan..

~ SELAMAT MENCUBA ~

18 Jun 2012

PAIS TEMPOYAK BILIS

bahan² :
segenggam ikan bilis
kunyit hidup
cili api ~ ikut kepedasan masing²
 tempoyak ~ ikut kepekatan masing²
 daun kunyit / daun pisang
garam


 cara²nya :
kunyit,garam dan cili api ditumbuk @ diblend


 kemudian gaulkan bersama ikan bilis tadi..

bungkuskan dan masukkan kedalam periuk nasi yang mana nasinya hampir masak dan tutup periuk nasi, tunggu sehingga nasi betul-betul dah masak baru keluarkan ....

inilah hasilnya....Sila sila semua.. :)

~ SELAMAT MENCUBA ~

15 Jun 2012

HOMEMADE PROSPERITY BURGER

Menu untuk berbuka semalam....hihii tingin nak makan prospereti beger..Menunya simple je dan rasanya sejibik McD punyerrrr!!!....tak caya cuba try test buat tengok, konpem korang buat lagik...my adib siap order dua bijik lagi satu tak cukup...sedappp dia cakap...dia cakap la kan..bukan saya!( bebudak cakap tak tifu punyerrr..)


Bahan ²
sandwich bread rolls
burger lembu oblong
perencah berlada hitan
bawang bombay

masakkan serbuk perencah berlada hitam bersama air sehingga pekat

masakkan/grillkan beger oblong ni 

celupkan beger oblong kedalam perencah lada hitam tadi, letakkan hirisan bawang dan siapp!!!

dan jemputlah menjamu mata selera ye...

2 bijik beger ni dia makan!..ma punyer pun siap ngendeng lagik tuuu.... :)

~ SELAMAT MENCUBA ~

14 Jun 2012

TIRAMISU YANG COMOT...

Semalam buat kek tiramisu untuk besday My hitam manis....gigih jugak buat kek ni walaupun dah lewat..dah pukul 11.45 malam tgh gigih buat kek ni, mana taknya nak kena tidorkan dulu My Adib  ni haaa...dia takkan tido sorang punyalah..mesti nak berkepit bawah ketiak baru boleh tido..haishhhh....tgh duk buat kek ni tetiba lak My hitam Manis balik.....kunun nak surprise la kan hari ni untuk besday dia....tapi nasib baik dia buat tak tahu je....hihiii..teruskan misi...hekhek..

Hepi besday Abah!
bahan²:
Resepi ni saya search google tak ingat blog mana satu..huhuu

sebiji kek span ~ saya guna biskut jejari (lady finger)
200ml whipping cream
250g cream cheese ~ saya guna Philadelphia
1/2 cawan gula kastor
1 cawan air panas ~ untuk bancuhan nescafe
1 sudu makan nescafe
serbuk koko untuk hiasan

cara²nya..
satukan gula cheese dan cream, pukul sehingga kembang.

bancuhkan nescafe dengan secawan air panas..

celupkan biskut jejari kedalam bancuhan nescafe tadi ~ jgn rendamkan!

susunkan biskut tadi kedalam acauan

sapukan adunan tadi keatas biskut dan ratakan

taburkan serbuk koko keatas adunan dan ulang sehingga habis, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 2-4 jam...

JOM LAYAN BESDAY BOY...erkkk BOY lagi ke???..huhuu
sempat buat kuey tiaw je pagi tadi..huhuu

selamat hari lahir abah ~ moga panjang umur murah rezeki dan diberkati kehidupan didunia dan akhirat oleh-Nya..amin.
P/s ~ Adib tension ke tak dapat kek!..hihii

Besday BOY!...errrr...dah tua jadik tak payah la letak lilin ek!

ngan ibuk mertuaku...

suap adib ajer??..ma penat buat kek tu taknak suap jugak ke??..huhuuu

Eeeeeiiiii...tak adil macam ni?..suapkan ma jugak!....

layan kuey tiaw...

sedap tak along? huhuuu...
p/s ~ adik tak masa ni, dia tengah layan bantal lagi...hihii


~ SELAMAT MENCUBA ~