teman tapi mesra

02 Mac 2015

AYAM BLACKPEPPER

masak ayam blackpeper nih lagiii....my hero yg sulong tu kalo masak ayam ni anytime tak tolak punyerrrr!!...disebabkan my oven dh kena hantar ke klinik..terpaksa memanggang dalam ni je...
resepi ayam blackpepper sila klik sini yer....

~SELAMAT MENCUBA~

03 Disember 2013

HOMEMADE KFC

AYAM GORENG
Bahan²:
*beberapa ketul ayam
*1/4 cawan tepung jagung
*1/12 cawan tepung gandum
*sedikit garam, lada sulah dan kunyit/serbuk kari

Cara²nya: 
*Ayam dibersihkan dan tos airnya
*Perap ayam dengan sedikit lada sulah & garam
*Satukan tepung jagung,tepung gandum,sedikit garam,sedikit lada sulah & kunyit/serbuk kari ke dalam satu bekas tertutup dan ketepikan.
*Ambil beberapa ketul ayam masukkan kedalam bekas tadi dan goncangkan bekas supaya ayam bersalut dengan tepung sepenuhnya.
*Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan cukup panas dan angkat.


COLESLAW
Bahan²:
*Kobis di hiris halus - dibasuh & toskan
*Lada sulah /lada hitam secukupnya
*Mayonis secukupnya
*2sdb gula - bergantung pada kuantiti kobis
*Garam secukup rasa
****boleh tambahkan carrot, kobis ungu ,juga seulas 2 bawang kecil dihiris halus

Cara²nya:
*Satukan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul serata
*Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat .
*Simpan dalam peti sejuk bila nak makan boleh dihidangkan

KENTANG PUTAR
Bahan²:
*beberapa biji kentang
*sedikit mentega,black peper,garam dan susu

Cara²nya:
*rebus kentang seperti biasa
*Toskan kentang bila dah empuk dan lenyekkan kentang
*Masukkan sedikit mentega, black pepper, garam & susu
*Mashkan lagi kentang hingga kentang sebati dan masukkan garam
*boleh tambah susu kalau kurang lembut

UNTUK SOS
Bahan²:
*1 labu bawang besar di potong dadu
*2 sudu besar mentega/minyak zaitun
*2 sudu besar tepung gandum
*1 sudu besar tepung jagung ~ yang ni ayu tambah sendiri nak bagi sos pekat
*1 liter air lebih kurang 1 jag kecik
*3 sudu besar sos tiram
*1 sudu besar kicap
*1 sudu besar sos cili
*1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk halus..ayu beli yag dah siap tumbuk
*1 kiub perasa ayam atau lembu
*sedikit garam

Cara²nya:
*panaskan mentega/minyak zaitun, tumis bawang hingga layu
*masukkan segala mak neka soso tadi...heheh
*larutkan tepung gandum dan tepung jagung dalam air hingga sebati, masukkan kedalam periuk tumisan tadi
*kacau sehingga pekat.

~SELAMAT MENCUBA~

02 Disember 2013

HOMEMADE RIBENA PASTILLES

Bahan²:
100g sirap ribena pekat 100g air 30g gula 30g gelatin sedikit tepung jagung/tepung kek~digoreng dulu lebih kurang 3 minit



 Cara²nya:

*masakkan kesemua bahan diatas kecuali tepung jagung. *masak sehingga larut dan tuangkan ke dalam acuan. *sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 jam. *gunakan tepung jagung tadi dan sapu pada tangan kerana ia melekat ketika dikeluarkan.


~SELAMAT MENCUBA~

28 November 2013

TEMPE BEREMPAH

Bahan²:
tempe
air
2 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sb serbuk kari
1 sb jintan
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara ²nya :
*tempe dipotong memanjang dan nipis..
*bancuhkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, jintan manis dan garam bersama air..
*masukkan tempe yang telah dihiris nipis
*panaskan minyak dan goreng hingga garing


~SELAMAT MENCUBA~

26 November 2013

Sphagetti Bersosej

Bahan²
Sphagetti
sosej
sedikit minyak zaitun
bawang putih
serbuk lada hitam Ajinomoto
daun parsley kering
garam

cara²:
*rebus sphagetti bersosej bersama sedikit minyak hingga lembut.
*bawang putih dicincang dan tumiskan dengan minyak zaitun sehingga naik bau..
*masukkan sphagetti bersosej tadi, perasakan garam dan serbuk lada hitam Ajinomoto tadi..
*goreng sehingga sebati dan masak, angkat dan taburkan daun parsley kering tadi.

~SELAMAT MENCUBA~

22 November 2013

EGG WHITE VEGGIE FRITTATA

Ini resepi untuk diet..

Bahan²:
2 biji telur ~ ambil putih sahaja dikacau
1 biji tomato di cincang
segenggam daun bayam
sedikit garam

Cara²:
*campurkan telur, tomato,bayam dan garam
*panaskan kuali dengan sedikit minyak
*masukkan bahan diatas dan kacau sehingga masak.

~SELAMAT MENCUBA~