teman tapi mesra

30 November 2011

Master Chef VS My Little Chef

hermm..tak tahulah anak bujang saya yang sorang ni suka benar menyibukkan diri dia kat dapur tu..nak buat air epal katanya....tapi dia nak buat sendiri..terpaksalah ajar dia buat..okeh..jom tengok aksi aksi Adib buat jus epal..
mula mula potong epal ni kecik kecik ye tuan tuan dan puan puan..hihiii

tengok tu bukan main semangat lagi my little chef ni..hati hati ye along jangan terpotong jari sudahlah ya nak!!...

Ma..macam mana ni??.Adib tak sampai ni..
ekekeke..meh sini ma tolong blendkan...alahai siannya anak ma niii...

sowi ek along..kita tak ada blend yang buat jus punya tu..terpaksalah susahkan along sikit..hihii

tapis betul betul tau along...hah, lepas tu hampas tu along makan pulak...along nak tahu apa rasa hampas tu..ermm sedap jugak ma!...hehehe belasah je la alonggg...

adik buat muka seposen nak kenen air epal along punya...tapi tak apa along ni abang yang penyanyang...takkan biarkan adik dia menangis punya...Ma sayang along!!..muahhhh..

tadaaaa...herm dah siap air epal hasil air tangan Adib sendiri...

 owhh..jemput minum semua!!.

~SELAMAT MENCUBA~

♥ U n Me 


28 November 2011

APAM POLKADOT

Sebenarnya dah lama hati ni teringin nak buat apam 'berhantu' niii..sebab apa 'berhantu'??..Sebab sana sini orang sibuk duk menerai apam polkadot ni..baru hari ni barang² nak buat apam ni dah cukup, apalagi mulalah operasi mengepammmm dengan my little chef ..hihiii

Bahan²
(50 biji papercup medium)
3 biji telur dari peti sejuk (gred a)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Filling ~ blueberry/strawberry@ ikut suka hati korangla…
pewarna

cara²nya


Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.Saya pukul guna tangan aje sebab mixer saya rosak, nasib baik ada little chef ni yang nak tolong..hihiii

Selepas tu, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette.Kemudian, masukkan esen vanilla) dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang. 

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masing masing.

my little chef tengah mengacau adunan warna..

Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)

Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan

kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

inilah hasil mengepammm tuu..hihii

trip pertama telah dibelasah oleh adib n aqhil

ni 'Sihitam Manis..' pula nak coba,,, hermmm,,katanya..'ANDA TELAH LULUS' dengan jayanya..huahuahua

lepas mengepammmm..hihiii, nak jugak 'interpremmm'

owhh..yang ini spesial punya ye...i ♥ u !!

okeh..dah boleh minum petang..sila sila..hihi

adik makan pun maintain peace yawww...

meh sini nak rasa apam berhantu ni..selepas puas mengepam tadi..ekekeke

owhhh..ini ibu mertua ku..yang spesial tadi tu untuk beliau lah ye,,sebab besok harilahirnya..hihiii..
~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me 

26 November 2011

BENDI GORENG RANGUP

Bahan²:
10 batang bendi
tepung gandum
tepung beras
serbuk kari
jintan
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara ²nya :


10 batang bendi

bancuhkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, jintan manis dan garam..

masukkan bendi yang telan dihiris nipis

panaskan minyak dan goreng hingga garing


~ SELAMAT MENCUBA ~


♥ U n Me 

22 November 2011

RAHSIA KENAPA HARIMAU MUDA KALAHKAN LASKAR GARUDA

sebab....

TEAM MALAYSIA Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi che mat yg sentiasa cermat menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari jarak jauh :) kekekeekekee dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYS...IA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!! weeeee just kidding,apa apa pun . Tahniah sekali lagi kepada skuad Harimau Muda . anda semua yang terbaik di mata kami . Skuad Harimau Muda telah selamat sampai ke MALAYSIA. harap MALAYSIA selepas ini akan terus lebih Maju ke hadapan lagi . :) ♥ ♥ ♥ ♥

hahaha...entri saya copy paste dari Facebook yang telah dipostkan oleh rakan Facebook saya...

♥ U n Me 

18 November 2011

BETAPA MUSTAJAB NYA DOA INI..

Beberapa hari yang lalu pintu bilik mak mertua saya terkunci dari dalam secara tak sengaja..waktu tu mak saya nak keluar pergi hospital entah macam mana tetiba je pintu bilik tertutup dan terkunci dari dalam...saya suruh aje dia pergi hospital takut nanti lambat pula..pasal pintu tu nanti saya setelkan..wahhh..bunyi macam hebat sangatlah kan kan kan..Ngeeeee
imej dari google
lepas mak saya keluar..saya pun try test nak bukak pintu tu tapi tak boleh..jiran sebelah pun datang nak tolong pun tak boleh juga....akhirnya terpaksa telefon 'Sihitam Manisku..' kat pejabat..apalagi lagi terus aje dia balik..macam macam cara cuba pun tak boleh....cuba masukkan kad kat celah pintu pun tak boleh....dah tak ada idea lagi terpaksa la telefon tuan rumah mintak kunci spare...masalahnya kredit pulak habis.."terpaksalah 'Sihitam manis..' keluar pergi beli top up kejap..
sementara tunggu 'Sihitam manis..' saya pun cuba saya punya skill la pulak..sambil mencuba tu mulut saya tak putus putus menyebut ayat di bawah ini
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ     
saya sebut berulang² kali..saya nampak pintu dah terenggang sikit daripada tertutup rapat tadi..tapi saya dah penat dan tak larat dah nak goyang²kan tombol pintu dah jolok (erkk.. ayat apa yang sesuai ek..) kat ke pintu, mana tak penatnya baru lepas 'berperang' dengan periuk dan kuali kat dapur tadi...
imej dari google
kebetulan 'Sihitam manis..' pun sampai terus dia sambung jolok pintu tu dengan kad...Alhamdulillah tak sampai 5 minit, pintu bilik boleh dibuka tanpa sebarang kerosakan..
imej dari google
Selain dari ketika berada kesusahan ayat ini juga selalu dibaca oleh ibu² mengandung agar di permudahkan proses sewaktu melahirkan.....ada banyak lagi kebaikkan ketika mengamalkan ayat ini...


♥ U n Me 

16 TAHUN??? LAMA TUUU...

Semalam genap 16 tahun perkhidmatan saya sebagai Pelukis Pelan,lamakan kannnn???..16 tahun tuuu...dari muda remaja lagi sampailah dah nak masuk usia senja ni dan saat entri ni ditaip pun..aku masih lagi berada di tempat atau 'workstation' yang sama..huhuuu.Banyak jugalah kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar Pelukis Pelan ni...kena marah ngan bos,selisih faham ngan rakan sekerja tu biasalah adat di tempat kerja....

agak agak korang kenal tak awek yang pakai baju biru sebelah kanan tu..!..kurus je kan saya dolu²..sekarang ni nak dapat balik bentuk badan cenggini..huhuu memang taklah kan!!....dalam mimpi jelah..


inilah tempat kerja saya...kat area Wangsa Maju..mula mula dulu opis JE ni kat Wisma Central. lepas tu pindah pulak ke Campbell Complex dekat dengan Semua House tu..sempat jugaklah merasa kerja dekat Campbell tuu..lepas Boss dah kaya sikit terus beli bangunan sendiri dekat area Wangsa Maju..Opis saya ni Head Office, ada 2 cawangan, satu di Ipoh dan satu lagi di Kangar...apa yang saya sayang sgt kat opis ni.?? heheh, tentulah setiap tahun pasti ada bonus setidak tidaknya 2 bulan untuk staf dan tidak ketinggalan juga setiap tahun pasti ada Company Trip sama dalam negeri atau luar negeri....Selama saya bekerja ni byk jugaklah trip yang saya ikut antaranya ke Phuket, Medan, Kuching, Hatyai, Lumut, Hong Kong, Bali, Pulau Tioman, Chiang Mai dan Senzhen~Zhuhai...

ini panorama kat dalam opis ek...memang bersepah lah kat  workstation ni..maklumlah kerja lukis pelannn..hihiii

owhhh..ini saya punya workstation ye..masa ni tgh sibuk buat QT pelan (pelan hakmilik sementara)...Urgent!!..kehkehkeh urgent lah sangat kannn..!!!


sumber inspirasi di waktu bekerja...ekekeke


hurmmm...bukan workstation aje tau malah pantry jugak lah..hahaha


proses memploting plan 


Tempat simpan lembar piawai dan pelan akui...erkkk..korang faham tak apa itu lembar piawai dan pelan akui??? takpelah abaikan ek..huhuu

hensem tak brader ni..ni checker, kerja check pelan aje dan cari info untuk surveyor.


♥ U n Me 


17 November 2011

Bibir Siapa Yang Paling Seksiiii...


Ini semua gara gara buat kad untuk bagi pada adik kat opis ni yang nak berhenti sebagai kenangan....Hermm..rasanya tahun ni lah paling cipta sejarah dalam syarikat Jurukur Esa Sdn.Bhd kerana tahun nilah paling ramai pekerja berhenti dan bersilih ganti keluar dan masuk dalam syarikat ni...sempena meraikan orang kuat dan adik kesayangan JE Sdn. Bhd, opis buat majlis farewell kat Shangri-La (Lunch Buffet)..apalagi kami semua kosongkan perut dari pagi sebab nak hentam semua makanan yang ada kat Shangri_la tu nanti..hahaha..(buruk pangai kan..) ah tak kesah lah janji perut kami semua kekenyangan...


Diantara Bibir Mak Dara Ngan Bibir Anak Dara Ni...Yang Mana Paling Seksiii...Cepat Bagitahu..Oh ya, abaikan jejaka yang terhangit di pasaran tu ye...opssss!!!,sowi ek en.hadi..

Dua orang mak dara kat JE ni, masih cun lagi tau..huhuhuu

Ini model ni untuk sampul kad bibir seksi tu haa..dia ni pemalu sikit maklumlah skang dia pun joint da club jadi mak dara kat opisss..hihihi


yang ini souvenir sebagai tanda ingatan dari staf Je untuk adik ayien..

yang ini pulak souvenir untuk En.Zainal....

inilah budak yang nak berhenti tuu,baru je kerja 2-3 bulan..dah nak berhenti,belum sempat nak comfirm punnn........oh ya..nama glemer dia Yuni Yunot...sebab dia suka sgt posing maut,pantang nmpk kamera !!! tengoklah tu..ngan garpu pun jadikkkk..heheh,,jangan marah ek dik ayiennnn..akak gurau aje.nanti akak belanja makan bawah pokok ek!!..huahuahuaaa...

Sebelah kiri dan kanan tu Big Boss Jurukur Esa Sdn. Bhd..Yang tengah tengah tu Poject Manager kat opis,tu pun bakal Big Boss jugak heheh..tak lama lagi buka Company sendiri..
rasanya hampir 13 tahun jugaklah beliau mengabdikan diri untuk syarikat....lama tak?..lamakan..tapi saya lagi lama pada beliau..saya genap 16 tahun bekerja kat opis tahun ni...kiranya saya lagi otai la kannnn..hahaha!!!

Mak dara ngan anak dara kat opis...yang tengah tu 'Paklong kesayangan' ramai...ekekekek

Ini Ma (sayalah tu-yg serba hitam tuu..:p ) n Ummi Vogue kat opis ni haaa..hihi

'Tunangan orang'..darah tengah manis ni..senyum pun manis jerk kan kan kan...
salah sorang tu baru je selamat jadi 'bini orang'....

♥ U n Me