teman tapi mesra

22 April 2013

PERIA SAMBAL BILIS

p/s = resepi ni hanya gunakan bawang merah dan ciliapi sahaja ye..sebab mak mertua saya orang Minang..tak tahula pulak kalo Suku Minang yang lain tu lain pulk resepinyer....hikhik
Bahan²:

Ikan bilis ~ ikut suka banyak mana pung!
*peria katak ~ belah dua atau pun potong nipis dan rendamkan bersama garam untuk hilangkan pahit
bawang merah ~ lagi banyak lagi bagus sebab bawang merah rasa manis dan boleh mengurangkan pedas..skang ni barang mahal, bubuh sikit udah lerr..heheh
segenggam cili api + cili besar
garam ~ tak perlu banyak kerana ikan bilis sudah masin...

Cara ²nya :
 * siang dan cuci ikan bilis, cili api dan bawang 
* tumbuk @ blend kasar bawang merah bersama cili api
 * ikan bilis dibasuh dan digoreng hingga garing dan ketepikan…
 * gunakan minyak lebihan goreng ikan bilis tadi  tadi tumiskan bawang dan cili yang di tumbuk @ dikisar tadi..
* goreng sehingga naik minyak dan tutup api..
 * setelah sejuk baru digaulkan ikan bilis bersama sambal tadi untuk mengelakkan ikan bilis tadi lemau atau lembik jika digaul semasa panas...

~ SELAMAT MENCUBA ~

19 April 2013

KEK TISUMARIE

Lamanya tak jenguk blog ni..dah berabukkk dah..huhuu
ok meh kita layan kek tisumarie...sebab biskut lady finger tak ada..yang ada cuma biskut marie aje dalam gobok!..si adik pulak asyik suruh buat kek putih je...( kek putih tu Tiramisu lahh..) hikhik

TIRAMISU OR TISUMARIE
bahan²:
biskut lady finger ~ saya guna biskut marie je...
200ml whipping cream
250g cream cheese ~ saya guna Philadelphia
1/2 cawan gula kastor
1 cawan air panas ~ untuk bancuhan nescafe
1 sudu makan nescafe
serbuk koko untuk hiasan

cara²nya:
*Satukan gula cheese dan cream, pukul sehingga kembang.
*bancuhkan nescafe dengan secawan air panas..
*celupkan biskut marie kedalam bancuhan nescafe tadi ~ jgn rendamkannya
*susunkan biskut tadi kedalam acauan
*sapukan adunan tadi keatas biskut dan ratakan
*taburkan serbuk koko keatas adunan dan ulang sehingga habis, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 2-4 jam...




jom skodeng my heroes ni....apa kerja dorang ni ek...hurmmmm
adik : abang..diam diam tau jgn bagitau ma kita usik ma punya ni tau!

mmg suka sgt la adik ni kalau buat tiramisu..

tengok! belum apa apa lagi dia dah colek cream cheese tu...

nak lagi satu ma!...

tak cukup kat dapur dibawanya ke ruang tamu bekas tu..ish ishhhh...

hurmmmm...

lebihan lady finger stok lama pun jadi dicolek ngan cream cheese tu...

bergilir gilir dorang pulun colek!...hahaha adui la...anak-anak!..

colek kasi licin bekas tu ek, lepas ni ma tak payah nk susah2 basuh bekas tu..hikhikkkk

                                              ~ SELAMAT MENCUBA ~