teman tapi mesra

03 Disember 2013

HOMEMADE KFC

AYAM GORENG
Bahan²:
*beberapa ketul ayam
*1/4 cawan tepung jagung
*1/12 cawan tepung gandum
*sedikit garam, lada sulah dan kunyit/serbuk kari

Cara²nya: 
*Ayam dibersihkan dan tos airnya
*Perap ayam dengan sedikit lada sulah & garam
*Satukan tepung jagung,tepung gandum,sedikit garam,sedikit lada sulah & kunyit/serbuk kari ke dalam satu bekas tertutup dan ketepikan.
*Ambil beberapa ketul ayam masukkan kedalam bekas tadi dan goncangkan bekas supaya ayam bersalut dengan tepung sepenuhnya.
*Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan cukup panas dan angkat.


COLESLAW
Bahan²:
*Kobis di hiris halus - dibasuh & toskan
*Lada sulah /lada hitam secukupnya
*Mayonis secukupnya
*2sdb gula - bergantung pada kuantiti kobis
*Garam secukup rasa
****boleh tambahkan carrot, kobis ungu ,juga seulas 2 bawang kecil dihiris halus

Cara²nya:
*Satukan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul serata
*Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat .
*Simpan dalam peti sejuk bila nak makan boleh dihidangkan

KENTANG PUTAR
Bahan²:
*beberapa biji kentang
*sedikit mentega,black peper,garam dan susu

Cara²nya:
*rebus kentang seperti biasa
*Toskan kentang bila dah empuk dan lenyekkan kentang
*Masukkan sedikit mentega, black pepper, garam & susu
*Mashkan lagi kentang hingga kentang sebati dan masukkan garam
*boleh tambah susu kalau kurang lembut

UNTUK SOS
Bahan²:
*1 labu bawang besar di potong dadu
*2 sudu besar mentega/minyak zaitun
*2 sudu besar tepung gandum
*1 sudu besar tepung jagung ~ yang ni ayu tambah sendiri nak bagi sos pekat
*1 liter air lebih kurang 1 jag kecik
*3 sudu besar sos tiram
*1 sudu besar kicap
*1 sudu besar sos cili
*1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk halus..ayu beli yag dah siap tumbuk
*1 kiub perasa ayam atau lembu
*sedikit garam

Cara²nya:
*panaskan mentega/minyak zaitun, tumis bawang hingga layu
*masukkan segala mak neka soso tadi...heheh
*larutkan tepung gandum dan tepung jagung dalam air hingga sebati, masukkan kedalam periuk tumisan tadi
*kacau sehingga pekat.

~SELAMAT MENCUBA~

02 Disember 2013

HOMEMADE RIBENA PASTILLES

Bahan²:
100g sirap ribena pekat 100g air 30g gula 30g gelatin sedikit tepung jagung/tepung kek~digoreng dulu lebih kurang 3 minit



 Cara²nya:

*masakkan kesemua bahan diatas kecuali tepung jagung. *masak sehingga larut dan tuangkan ke dalam acuan. *sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 jam. *gunakan tepung jagung tadi dan sapu pada tangan kerana ia melekat ketika dikeluarkan.


~SELAMAT MENCUBA~