teman tapi mesra

25 Oktober 2013

Carrot Cake Pemanggang Ajaib

Bahan bahan:
2 1/2 cawan parutan keret ( lebih kurang 3 batang keret )
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan walnut
kismis

Topping
sebuku cream cheese
1-2 sudu kecil cuka
p/s = sepatutnya letak lemon tapi lemon takada saya guna cuka.

Cara cara:
 >Sapukan sedikit minyak pada pemanggang.
>Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, garam dan ayak.

>Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.

>Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati

>Masukkan vanilla, parutan carrot,kismis dan walnut cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam pemanggang, bakar ngan api perlahan sehingga masak.


untuk topping..pukul cream cheese ngan cuka sehingga kembang...sejukkan kek dulu baru sapukan pada kek.

Dan seperti biasalah kalau berkaitan ngan cheese ni...ada sorang budak tu pantang lepa ajela terus dikerjakannya..hehehe...
bekas adunan tu tak perlu nak basuh rasanya..sebab sikecik tu boleh 'bersihkan'...heheh
meh kita skodeng dia!!!!





~SELAMAT MENCUBA~

22 Oktober 2013

HOMEMADE TWISTIES

Homemade twistiest for my hero!!..
Bahan²:
*minyak masak
*paket laksa kering
*1 bungkus rempah kari ~ ikut suka nak perasa ayam/kari/daging
*sedikit serbuk Secukup Rasa
*1 kiub ayam/ikan bilis/daging

cara²nya:
*patah²kan laksa kering dan goreng seperti menggoreng keropok ikan, angkat dan toskan. 

*kisarkan serbuk rempah kari, kiub ayam dan serbuk secukup rasa menggunakan blender kering.

*gaulkan serbuk tadi bersama laksa kering yang telah digoreng 

*simpan didalam bekas kedap udara.

~SELAMAT MENCUBA~

10 Oktober 2013

KAILAN BAWANG PUTIH

kailan
bawang putih
sos tiram
tepung jagung
garam
air

cara²:
*bersihkan sayur kailan
*bawang putih dihiris dan goreng garing, ketepikan....
*masukkan sos tiram ke dalam lebihan minyak goreng bawang tadi...
*masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama air dan garam kedalam kuali
*masukkan sayur kailan, kaup balikkan dan angkat
*taburkan bawang putih tadi keatas kailan tadi...

~SELAMAT MENCUBA~

09 Oktober 2013

LABU REBUS CICAH KELAPA

Buangkan kulit labu dan potong kecil²

rebus labu sehingga empuk

hidangkan labu bersama kelapa parut yang telah di gaul bersama garam

~SELAMAT MENCUBA~

08 Oktober 2013

TENGGIRI KUKUS


Bahan²:
1 potong ikan tenggiri saiz sederhana
Minyak zaitun
bawang putih
 halia
serbuk lada putih
lada hitam ditumbuk
sedikit sos tiram
lada benggala di hiris
lobak merah
sedikit bawang besar
sedikit limau nipis
garam secukup rasa

Cara² :
*Lumurkan ikan tenggiri yg telah dibersihkan dengan minyak zaitun,sos tiram dan garam.
 *masukkan lada putih dah lada hitam, perapkan ikan tenggiri sekejap.
*Sebelum kukus hiris bawang putih, halia,bawang besar,lada benggala serta lobak merah dan tabur di atas ikan tenggiri.
*Jangan lupa perah sedikit limau nipis
*Kukus ikan tenggiri tersebut sehingga masak

~SELAMAT MENCUBA~

07 Oktober 2013

PARU GORENG GARING BERSAMBAL

Bahan²:
Paru
Asam keping 
Cili kering kisar (nak sedap guna cili masak, blendkan)
Bawang merah ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
halia ditumbuk
1 biji bawang besar dipotong bulat
Garam

Cara²:
* Rebus paru dgn asam keping hingga empuk toskan, potong kecil-kecil dan goreng garing, ketepikan.

*Tumiskan bawang dan halia hingga naik bau dan masukkan cili kering

*Masukkan garam dan masak hingga sambal jadi pekat atau kering,
*Masukkan bawang yang dihiris bulat² tu..kaup balikkan dan tutup api...biarkan sambal sejuk sebentar...
*bila sambal dah sejuk,masukkan paru yg digoreng garing dan gaul. 


P/S ~ ini petua saya la..biarkan sambal tu sejuk dulu baru digaul bersama paru goreng,kalau masukkan paru yg telah di goreng garing tadi ke dalam sambal yang masih panas, paru tu akan jadi lembik kembali.

~ SELAMAT MENCUBA ~


04 Oktober 2013

AYAM MASAK KICAP



Bahan²:
Ayam - potong kecil
sos tiram
Kicap masin
Kicap manis
Garam
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
bawang putih - mayang
Bawang Merah - mayang
Halia - hiris memanjang
Bawang besar - potong bulat
cili besar - hijau dan merah
cili api
Minyak
Air 

Cara² :

  • Basuh ayam bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing)ketepikan.
  • Alih minyak goreng ayam tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj)
  • Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga,bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau.
  • Masukkan sos tiram dan kicap secukupnya.kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.kalau nak berkuah tambahkan sedikit air sahaja.
  • Masukkan pula bawang besar,cili besar dan cili api. Kaup balikkan dan bolehlah padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan...

~ SELAMAT MENCUBA ~