teman tapi mesra

31 Disember 2010

HAPPY NEW YEAR CUPCAKES

resepi untuk cupcake, sila tgk sini ---> CUPCAKES
untuk resepi buttercream icing saya ambik kat sini ---> resipidiana

icing yang siap dibancuh tapi belum di asingkan untuk tambah pewarna









♥ U n Me ♥


29 Disember 2010

AYAM PANGGANG BLACKPEPPER

Malam semalam buat Ayam Panggang Blackpepper....kalau masak je ayam sytle cenggini,mesti along lah yang paling suka.Semalam masak ayam ni sebab sepupu "Sihitam Manisku.." a.k.a mak sedara Adib n Aqhil ni datang rumah cuti sekolah ni kan...suka lah si Aqhil tu sebab Acik ijah dia datang rumah..boleh layan kerenah dia...bukan main manja lagi ek,sampai kan nak tido ngan bangun tido pun cari Acik Ijah ek...Owh, ma ni adik dah tak pandang lagi dah...huhuhu.....takpe..ma kasi can kat adik manja puas puas ngan Acik Ijah tu...sebab Acik Ijah cuma 3 hari aje kat umah kita...hahaha....oklah, meh kita layan nafsu makan pulak..hehehe...

bahan bahan
1 ekor ayam dibersihkan
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk @ dikisar halus (nak kurangkan pun tak apa, saya suka letak bwg putih ni banyak sebab aromanya memang wangi..)
ketumbar ~ saya letak dalam 11/2 sudu (di kisar halus)
lada hitam ~ saya letak banyak sikit..(ditumbuk @ dikisar)
sos tiram
minyak zaitun
garam secukup rasa
Lumurkan ayam dengan bahan bahan diatas, perap selama 30 - 1 jam kemudian bakar dalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak...Ayam ni saya potong empat, senang sikit bahagian dalaman dia masak...

dah siap pun ayam panggang ni..rasa dia tak ubah seperti rasa ayam kat KENNY ROGERS tu...

meratah ayam tak hengat dunia...

ngan tulang tulang sekali kena sedut..

inilah acik ijah kesayangan adik tuuu...



♥ U n Me ♥

CUPCAKES

semalam main masak masak ngan along lagi, resepi ini tidak menggunakan telor dan tak perlu  dipukul cuma gaul hingga sebati sahaja.Resepi ambil kat sini : resipidiana

CHOCOLATE OIL CAKE
bahan bahan:

2 cawan gula

3 cawan tepung serbaguna

2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. 

 2.Tuangkan adunan kedalam bekas cupcakes 

 3.saya masukkan separuh saja lebih kurang 3 sudu besar dan bakar selama 20 minit sehingga masak.

4.setelah masak letakkan topping dan hiasan 


CHOCOLATE GANACHE TOPPING



150 gramm whipping cream
200 gram coklat

Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair.



U n Me

28 Disember 2010

BEBOLA BISKUT MARIE

Hari minggu lepas try buat Bebola biskut marie.Main masak masak ngan anak bujang saya yang suka ngacau nolong bila saya memasak!!.Resepi dari sini ~ Resepicitarasawan.

Bahan-bahannya :
 150gm biskut marie-di hancurkan

60gm coklat masakan, dicairkan

50gm jem (ikut suka) 
50ml susu segar



1. pembantu chef sedang hancurkan biskut marie..maceh along tolong ma ye!

2. cairkan coklat

 3.Didihkan susu, tapi jangan sampai menggelegak ~ sekadar memanaskan sahaja

  4.Satukan biskut marie, coklat cair dan jem, gaul rata. Kemudian tuangkan susu panas tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan biskut, sebatikan sehingga menjadi doh.  Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.

 5. Ambil doh dan bulatkan sebesar bola pingpong ~ saya punyer x sempat biskut tu nak lembut, pembantu chef ni dah tak sabar!!


haa, tu diaaa..tak senonoh betul pembantu chef nih..gasak ko lah adib, nnti ko jugak yang nak makan...ekekeke

 6. golek dengan bahan hiasan.

 BEBOLA BISKUT MARIE

Selamat mencuba..

U n Me


23 Disember 2010

TERIMA KASIH FIZA...

Tengah hari tadi dapat kad besday dari opismate, walaupun dah berlalu masih dapat kad lagi...ermmm, sudah lama tak dapat kad besday ni, bila dapat je tadi ingat kan kad undangan perkahwinan ke apa,(sekarang nikan musim mengawan..) rupa rupanya kad besday!,hehehe, suka..suka ..suka!!!

 terima ksih fiza diatas kad ucapan ini ....

 Alaaa, itu je akak mampu fiza, setakat beri nasihat dan pandangan no hal punyer, nasihat daripada orang yang berpengalaman..ekekeke...

Owh...yang ini bukan hadiah besday ek, ini buah tangan dari fiza baru balik dari Hatyai....ni je yang tinggal yang lain dah selamat masuk dalam pewutttt...hehehe

TERIMA KASIH FIZA...

U n Me

Surat Chenta Dari DBKL


DBKL ! DBKL ! DBKL !
tiba tiba je dengar suara intercom dari receptionist bagitahu ada DBKL datang rush kat bawah opis..apalagi semua stuff kelam kabut turun nak selamatkan kereta masing-masing! Tapi hampehhh!...turun je bawah tengok kat kereta dah terselit surat chenta itu!...uargggghhhh.....
dengan kereta kereta bos sekali dapat surat chenta...huhuhahaha...
tak ku sangka akan dapat mendapat surat chenta dari DBKL...kena saman!!!...sowi En.Hitam manis sebab lupa nak bayar parking!..huhuhu, kebelakangan ni kerap pulak DBKL ni menziarah parking kat area opis nih..sebenar nya tadi masa tea break dah ingat dah nak turun bayar parking, tapi disebabkan kesibukkan melanda terlupa terus nak turun bawah ambik air ngan bayar parking...2-3 hari ni memang bermurah hati sikit nak sedekah kat DBKL ni...selalu tak bayar pun, huhuuu...Masa tengah baik hati bayar parking taknak pula dia datang..haisshhh,terbang duitku RM50...( bukan aku yang bayar pun nanti, "Sihitam Manisku.." jugak yang jadi mangsa...) ekekeke

U n Me

22 Disember 2010

RINDU

Tadi tengah selak buku buku lama "Sihitam Manisku..."terjumpa satu quote yang aku rasa sangat menarik  dan tertarik.....memang pun dari tadi lagi  niat dalam hati ini nak pos n3 pasal Rindu dan tengah mencari sesuatu yang berkaitan dengan RINDU...dan dipermudahkan bila terjumpa quote yang tertulis dalm sebuah buku lama milik "Sihitam Manisku..". Yang pastinya bukan dari tulisan atau idea "Sihitam Manisku.."tapi dari seorang sahabatnya yang saja gatal tangan nak  penuhkan muka surat buku itu ~ Ngeeee


RINDU

Rindu Adalah Demam
Rindu Adalah Batuk dan Selsema
Rindu Adalah Pening dan Semput
Rindu Juga Sakit Perut…
Tapi Rindu Bukan Gastrik
Ributnya Macam Sakit Gigi
Sesaat Terasa Sehari
Nasi Dikunyah Terasa Basi

Rindu Oh Rindu….


P/s : Sowi ek daling,sebab curi ayat ni..Eh, silap! bukan curi pinjam ayat ni kejap...
Mode : Bulan senyum sampai nampak gigi..
ekekeke

U n Me

21 Disember 2010

DAGING MASAK HITAM

Resepi ni saya buat ikut style saya....

Bahan-Bahan: 
1/2 kilo daging ~ dipotong nipis
2-4 sudu kerisik
kicap pekat
2-4 sudu besar cili giling
minyak
gula dan garam secukup rasa

Bahan A :
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil  jintan manis 

1 sudu kecil  jintan putih 
1 sudu kecil ketumbar

Bahan B :

10-15 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 sm halia

Cara-caranya :


~ Bahan A di goreng tanpa minyak hingga kekuningan,kemudian tumbuk @ blend hingga halus dan ketepikan dulu...


~ Bahan B juga ditumbuk @ dikisar
~ masukkan bahan A dan bahan B kedalam daging
~ masukkan juga kerisik, kicap, cili giling, gula dan garam secukup rasa ( saya masukkan garam kemudian, sebab dalam masakkan ini sudah ada kicap, kalau rasa tak masin baru saya tambahkan garam....)
~ perap selama 15-30 minit

~ panas kan minyak dan masukkan semua bahan perapan tadi dan biarkan mendidih
~ jika rasa kurang hitam boleh ditambah kicap ikut kepekatan masing masing....dan ketika menunggu ianya kering,bolehlah rasa apa yang kurang tu, rasa manis ke masin ke....kalau kurang tambah lah apa yang patut..

~ sama seperti kita masak rendang, agak agak dah pekat dan naik minyak tu boleh diangkat...
~ boleh juga kalau nak basah basah sikit tu, jangan masak hingga keringlah....

Haaa..Saya kalau lepas masak daging hitam, lebihan kuah dalam kuali ni saya masukkan nasi panas dan gaul sekejap, pastu suapkan pada anak anak..sekejap je dorang makan...Habis licin!

~ Selamat Mencuba ~


U n Me

SAMBAL SARDIN NGAN BELIMBING


Bahan bahannya:
1 tin sardin ~ saya guna cap ayam
5-6 bawang merah
10-15 cili api
8-10 belimbing ~ bersihkan,ketuk dan ramas sedikit untuk buang air kurangkan rasa masamnya.
garam secukup rasa

Cara-caranya:-

~ asingkan sardin dari kuahnya dan ketepikan....

~ tumbuk @ kisarkan cili api bersama bawang (kalau saya gunakan pengisar kering jer lagi cepat..)
~ kalau nak kurangkan pedas boleh dicampur dengan cili besar dan lebih bawang.... 

goreng sardin tadi ngan api yang sederhana ~ AWAS,ketika menggoreng,minyak meletup jadi boleh tutup dgn tudung periuk kalau takut muka anda terkena minyak panas tu..heheeee

~ gunakan minyak lebihan goreng sardin tadi dan masukkan cili yang ditumbuk @ blend tadi, masukkan garam dan masak hingga sedikit garing baru masukkan belimbing,
~ kalau nak berkuah sedikit, masukkan kuah sardin yang telah diasingkan tadi pun sedap juga....
~ masak lagi sehingga belimbing agak lembut baru masukkan sardin yang telah digoreng tadi, gaulkan bersama dan tutup api...


~ SELAMAT MENCUBA ~


U n Me

20 Disember 2010

PERNAH TAK TENGOK ATAU DAPAT CHATTING YANG SEBEGINI....????

Dalam banyak banyak chatting, pernah tak korang tengok cara chatting yang sebegini, mula mula saya terima chat yang sebegini saya punyalah gelak sampai terkeluar air mata nih..kalau lah orang sedang berchatting ngan saya pada masa tu melihat keaadan saya gelak tergolek golek sampai keluar air mata, apa perasaan dia agak nye? huhuhu.....
nilah contoh chatting yang diterima oleh saya...ayat ayat dia semua xbleh blah...huhuhu


dia tak pandai nak 'klik icon' kat kotak chat tu,jadi dia taip aje...adoyaiii, sakit perut dah duk tahan gelak ni..
MODE ~ anak bulan pakai lampin gelak tergolek golek sampai kuar air mata...

DAN KALAU KORANG NAK TAHU SIAPA ORANG ITU,NI HAAA...

Inilah orang yang berchatting ngan saya yang ayatnya xleh blah....
"Sihitam Manisku..."
huhuhahahaha....
Opppss! jangan gelakkan daling saya,dia budak baru belajar,hehehe.....tapi skang ni dia dah terrer tau!
muahahahaha....
MODE : Bulan Gelak kuat kuat Sampai Nampak Gigi
kah kah kah...Opss! sowi ek daling, Lebiu...
muahhhhhhhh

U n Me

TRON LEGACY @ WANGSA WALK

Bawa Adib n Aqhil pergi tengok wayang cerita TRON..angkut sekali sepupu sepupu dorang sekali...Fatul,Mia n Zehra.Cik cu pun ikut sekali,kalau tak,tercicir nnti budak budak tu..huhuuu, kalau dah berjumpa dengan abang dan akak sepupu dorang mulalah...tak terkawal rasa nye..nasib baik ada Cik Cu tolong handle sekali....Cuti sekolah ni lagilah ramai manusia kat shopping complex..terpaksa jalan jauh sikit sebab parking semua penuh!
  Dah sampai kat umah Nenek ibu..sementara tunggu sepupu dorang bersiap,adik nampak skuter ni terus nak naik..suka sangat ngan skuter ni...ingat sekejap saja rupanya tak nak turun dari skuter ni..ntah apa yang dia suka sangat.....puas pujuk suruh turun tak nak turun jugak!
adik tengah menung nak turun ke tak nak...hermm, puas jugak duk pujuk suruh turun tak nak turun turun jugak...macam macam ayat dan idea dah keluar dari mulut nih pun tak makan saman ..huhuhu
             last sekali suruh dia posing posing ambik gambar dia..abih cerita! penat dah duk pujuk.....
TRON LEGACY ~  sambungan dari filem Tron pada tahun 1982
  hero dan heroin TRON ~ 

 Adib n Fatul nampak je poster TRON terus dorang cakap nak tengok cerita tu....
akhirnya dorang pilih TRON...
 adik manja manja ngan kakak Mia...
 Inilah Cik Cu yang tolong tengok tengokkan budak budak ni....
 apahal ni?..hehehe sementara nak tunggu cerita TRON tu start..."Sihitam Manisku.." bawa pergi minum dulu..mana lagi kalau bukan kedai mamaks..hahaha, kesian along ngan sepupu dia, abah bawa pergi minum kat mamaks jer..pastu semua kena paksa makan roti bakar!...huhuhu
adik sudah 'kemengantukkan'.....tapi masih masih boleh tahan lagi mata tu..tapi bila masuk panggung je..mula je cerita dia pun tido sampai la habis cerita..2 jam tu adik tido! mana tak nya dalam panggung tu sejuk, aircond...bertambah sedap la adik layan mata...huhuhu
 mesti manja ngan kakak Mia dia tu...
 ZEHRA....budak kecik yang garang!.....ni lagi sorang tido dalam panggung pastu boleh tak ngaku pulak tu bila cakap dia tido dalam panggung....Zehra, Sleep ek tadi?..taklah...tetap tak nak ngaku...hahaha
 Mia N zehra ~ share minum sirap limau ais...

 Adib n Fatul asyik layan game jelah...budak budak lelaki game dalam kepala aje!
 dah lepas tengok wayang, balik rumah nenek ibu hantar Fatul,Mia n Zehra.lepak kejap n terus makan malam kat situ...
macam taknak balik je Adib n Aqhil ni bila dah berjumpa ngan sepupu dorang....nanti kita datang lagi ye along n adik....Terima kasih pada abah kerana bawak pergi tengok wayang..sayang abah!..muahhhhh

U n Me