teman tapi mesra

31 Mac 2011

KANAK KANAK RIBENA YANG JAKUN

Minggu lepas balik kampung "Sihitam Manisku.." di Beranang,Selangor....kebetulan malam tu bekalan elektrik terputus, 

pakcik den pasanglah pelita kabait tu..Apalagi kanak kanak Ribena yang ada semuanya berkumpul dekat ngan pelita tu...pelik gamaknya sebab tak pernah tengok..hehehe...

bukan main seronok lagi kanak kanak ribena tu duk layan pelita tu...mana taknya keluar perut je semua terang benderang..petik je kat dinding..hehehe

Eh eh.."Sihitam Manisku.." pun nak jadi kanak kanak ribena jugak ke...haisshh toksah duk beranganlah!..dah tua dah...Ngeee

Haa....pandang je lah pelita tu sampai terpadam ek..



♥ U n Me 

30 Mac 2011

aku telah JATUH CINTA!!!!!

sebenarnya saya telah jatuh cinta ngan suara pakwe ni bila fisrt time dengar lagu ni dalam radio..huhuu

 


ST 12 - Jangan Pernah Berubah

biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar

meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan

* meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan

reff:
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah

repeat *
repeat reff

jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya

25 Mac 2011

SAMBAL IKAN TALAPIA SALAI NGAN PUCUK UBI

Bahan²:
* 1-2 ekor Ikan talapia salai 
*pucuk ubi
* bawang merah ~ lagi banyak lagi bagus sebab bawang merah rasa manis dan boleh mengurangkan pedas..skang ni barang mahal, bubuh sikit udah lerr..heheh
* segenggam cili api + cili besar
* garam ~ secukupnya

 Cara ²nya :

* tumbuk @ blend kasar bawang merah bersama cili api

* goreng sekejap ikan talapia salai tadi
*gunakan minyak lebihan goreng ikan tadi,tumiskan bawang dan cili yang di tumbuk @ dikisar tadi..

* kemudian masukkan pucuk ubi ke dalam sambal 

* goreng hingga pucuk ubi garing dan pecah minyak...

* kemudian gaulkan bersama ngan ikan talapia tadi dan tutup api..

SELAMAT MENCUBA


♥ U n Me 

23 Mac 2011

Sowi ek En.Jiran, tak sengaja langgar kereta u..

Apalah malang nasib ku ini, udahlah terlanggar kereta jiran..handphone "Sihitam Manisku.." pulak hilang..semuanya berlaku pada hari dan waktu yang sama, suratan atau kebetulan..huh!! konpius nihh....

ni semuanya gara gara jiran yang pentingkan diri..huh, letak kereta sukak sukak hati jer...nyusahkan orang lagi ada....

nilah kereta jiran yang telah kemek dan calar sebab kena cium ngan buntu kereta ku masa nak undur kereta.ingat kemek aje, sekali tgk tercalar....aduhhh...apalagi teruslah ketuk pintu umah jiran bagi tau..hermm, dia pun belek kereta dia...dia kata takpe nnti dia deal ngan "Sihitam Manisku.."....Maaf ek En.Jiran..huhuuu

Dahlah waktu senja,anak anak jiran pulak dok main kat depan umah.terpaksalah reverse kereta nak elakkan budak budak tu..sekali berbunyilah pulak kereta ni,rupanya dah terkena kereta jiran depan umah....bukan mak bapak dorang je nyusahkan, anak anak dorang pun sama aje! huhh...

Inilah sisi buntut kereta ku yang terlanggar kereta En.jiran tu...kesian poket "Sihitam Manisku.." bulan ni...udahlah handphone hilang kena curi masa tgh tido dalam bas..hah, tulah tido lagi dalam bas....tak pasal pasal hilang phone tu...
sowi ek daling..ma tak sengaja nak tolong ringankan poket daling bulan ni..Ngeeee


♥ U n Me 

22 Mac 2011

ADIB DAPAT SAGUHATI DLM PERTANDINGAN MEWARNA

Sebenarnya nak masukkan entri bab ni dah lama,tapi penyakit 'M' pulak datang terpaksa tunggu mood ada barula leh layan blog nih..disebabkan adib suka sangat mewarna..sampaikan buku mewarna yang baru dibeli pun sudah habis diwarnakan dalam dua hari je...agaknya nak jadi pelukis tak adib ni..mana taknya kalau dah maknya kerja pun Pelukis Pelan...mesti la sedikit sebanyak turun pada anak nyeee..Ngeee..Owh..baru teringat, semasa mengandungkan si Adib ni..saya memang suka melukis...kalau tak caya tengoklah hasil lukisan saya kat sini --> my art n editing 
Oklah meh kita layan adib mewarna pulak...Dapat Saguhati pun jadilah..tapi tak larat nak pujuk la pulak..asyik menangis nak basikal,hadiah utama untuk pertandingan ni adalah basikal...

 
 ni lah yang di bawa balik adib dari PASTI...cikgu bagi katanya...beriya iya nak masuk pertandingan mewarna...siap pesan suruh kejutkan dia pagi pagi macam nak pergi sekolah katanya...

Sesi pendaftaran peserta... di tapak Bazar Medan Selera,Taman Melawati..

Bila pertandingan bermula..dia buat perangai la pulak taknak masuk mewarna.Puas duk pujuk pun tak makan saman jugak..hermmm, panas hati betullll!!..peralatan mewarna dah ambik dia pulak buat hal..haishhh...Sabar..sabar!!

Pujuk adib suruh dia tengok tengok je kalau tak nak masuk pertandingan mewarna ni...hehehe..guna taktik lain la pulak..kalau dah pujuk tak makan saman..suruh dia tengok tengok je..

haa.. macam macam stail dorang posing mewarna...

ahaaa...akhirnya berjaya jugak taktik tu kan...suruh tengok tengok je dulu...hehehe.Sebenarnya dalam hati tu memang nak mewarna..tapi keyakinan terhadap diri sendiri tu kurang,,,

sempat lagi menjeling aweks kat depan tu pun mewarna jugak....

tengah kusyuk mewarna...

wahhh...ni ma adib nak interprem jugak lah!!

inilah hasil lukisan yang di warna oleh adib..

apasal adik monyok jer..tulah sape suh bangun lambat kan dah kena tinggal..tak dapat masuk pertandingan mewarna!

dorang tgh pening kepala nak pilih yang mana satu! yang pasti lukisan adib terpilih diantara lukisan lukisan itu....

tgh nangis nak basikal yang merupakan hadiah utama pertandingan ini..

Owhh.."Sihitam Manisku.."  Lebiu...

Inilah hadiah saguhati yang dimenangi oleh adib..ok aper!! tapi adib sikit pun tak pandang!
dia duk nampak basikal..siap tanya kenapa dia dapat coklat ni bukan basikal!!..adoyaiiii...letih nak menjawab..huhuuuu

 dah abih pertandingan, sambung pulak kat kedai makan,gara gara adib tak puas hati dia dapat saguhati je..dia nak warna sekali lagi..huhuu, layan jelah...
 Aqhil pun nak tunjuk bakat jugak ek....

masing masing sibuk mewarna tak hengat dunnia...uhhh

 adik pun sama gak...

 hurmm..layan jelah anak anakmu itu wahai Sihitam manis...ekekeke

Adik dah boring lah tu....


♥ U n Me 

My Smocking dress

Dah lama tak buat senaman jari jemari ni...hari tu balik kg terjumpa balik baju smocking ni...ni aja yang jumpa..yang lain lain tak tahu kat mana makcik den simpan....ni antara smocking yang dijahit dan belum siap jadi baju lagi...






♥ U n Me 

16 Mac 2011

NASI ULAM ORANG PERAK

Ahaa..kali ni resepi dari mak kandung saya okeh..selalunya entri memasak saya semuanya resepi dari ibuk mertuaku....teringin nak makan nasi ulam la pulakk...


Ini sahaja antara daun daun yang dapat saya rembat kat pasar tani...


Bahan² A:
( dihiris )
Pucuk pegaga
Ulam raja
Daun selasih
Daun kaduk
Daun selom(salam)
Daun kesum
Bunga kantan


Bahan² B
 ( ditumbuk )
10-15 batang serai
Lengkuas  ½ inci
10-15 ulas bawang merah
10-15 cili api – kalau tak nak pedas leh kurangkan
kerisik – ikut suka nak letak byk mana, lagi banyak lagi sedap!
½ inci belacan
nasi putih yang disejukkan
garam secukup rasa


Cara²nya :

~bersihkan daun daun ulaman dan toskan
~ kemudian hiris halus kesemua ulam ulaman itu...


~ bahan² B yang telah di tumbuk hingga lumat
NOTE : bahan tumbuk ni boleh dimakan semasa dalam pantang bagi ibu ibu yang baru melahirkan,cuma tidak perlu dimasukkan belacan dan cili sahaja.....

~ masukkan bahan² B yang ditumbuk tadi ke dalam nasi yang telah di sejukkan
~ gaul hingga sebati

~ kemudian masukkan pula daun daun ulaman yang telah dihiris tadi ke dalam nasi dan gaul hinggga sebati...

~ Nahhh...Jemputlah makan semua!! hehehe
~ hidangkan nasi ni bersama telur masin ke, daging bakar ke, atau pun curah ngan budu pun sodap gak nih...
~ yang saya punya ni tak sempat nak letak telur masin bagaiii...

SELAMAT MENCUBA


♥ U n Me 

09 Mac 2011

BEZANYA ANTARA SUKA, SAYANG DAN CINTA




Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela





p/s : ayat ayat puaka ni dapat sumber dari SIOLOON.COM...

♥ U n Me