teman tapi mesra

16 Mac 2011

NASI ULAM ORANG PERAK

Ahaa..kali ni resepi dari mak kandung saya okeh..selalunya entri memasak saya semuanya resepi dari ibuk mertuaku....teringin nak makan nasi ulam la pulakk...


Ini sahaja antara daun daun yang dapat saya rembat kat pasar tani...


Bahan² A:
( dihiris )
Pucuk pegaga
Ulam raja
Daun selasih
Daun kaduk
Daun selom(salam)
Daun kesum
Bunga kantan


Bahan² B
 ( ditumbuk )
10-15 batang serai
Lengkuas  ½ inci
10-15 ulas bawang merah
10-15 cili api – kalau tak nak pedas leh kurangkan
kerisik – ikut suka nak letak byk mana, lagi banyak lagi sedap!
½ inci belacan
nasi putih yang disejukkan
garam secukup rasa


Cara²nya :

~bersihkan daun daun ulaman dan toskan
~ kemudian hiris halus kesemua ulam ulaman itu...


~ bahan² B yang telah di tumbuk hingga lumat
NOTE : bahan tumbuk ni boleh dimakan semasa dalam pantang bagi ibu ibu yang baru melahirkan,cuma tidak perlu dimasukkan belacan dan cili sahaja.....

~ masukkan bahan² B yang ditumbuk tadi ke dalam nasi yang telah di sejukkan
~ gaul hingga sebati

~ kemudian masukkan pula daun daun ulaman yang telah dihiris tadi ke dalam nasi dan gaul hinggga sebati...

~ Nahhh...Jemputlah makan semua!! hehehe
~ hidangkan nasi ni bersama telur masin ke, daging bakar ke, atau pun curah ngan budu pun sodap gak nih...
~ yang saya punya ni tak sempat nak letak telur masin bagaiii...

SELAMAT MENCUBA


♥ U n Me 

4 ulasan:

  1. sukanya nasi ulam ni....kat KL ni payah nk jumpa...

    BalasPadam
  2. Nasi ulam ni sodap dimakan terus selopas digaul. teringat hidangan istimewa mak time puasa.

    BalasPadam
  3. mohon izin kongsi resipi. terima kasih :)

    BalasPadam