teman tapi mesra

14 Oktober 2010

HOMEMADE LULUR

bahan-bahan :
beras pulut
halia
kunyit
cekur
susu tepung

Lulur badan ini boleh dibuat secara basah atau pun kering.  Sebenarnya kita boleh buat lulur ini dalam kuantiti yang banyak di sesuatu masa.Sebahagian lulur boleh digunakan pada hari kita membuatnya.  Selebihnya itu bolehlah dikeringkan.  Cara membuat lulur ini sama seperti membuat bedak sejuk.Kemudian dibiarkan hingga kering, dan disimpan.  Bila nak dipakai, bancuhkan saja dengan sedikit air.kalau yang dah berkahwin tu bolehlah minta tolong pasangan anda melulurkan badan anda disamping mengeratkan lagi hubungan suami isteri kannnn.....menambahkan lagi rasa kasih sayang! hehehe.
Gosokkan dengan perlahan dan lama sedikit di bahagian berlipat seperti di belakang telinga, tengkuk, belakang lutut dan sebagainya.  Biarkan mengering selama 20 - 30 minit.  Kemudian basahkan kedua-dua tangan dan sama-sama pula membersihkan dari badan dan mandi.selepas melulur badan tidak perlu menggunakan sabun. Penggunaan lulur ini membantu membersihkan kotoran pada kulit agar kelihatan bersih, menghaluskan kulit serta menghilangkan bau badan.....
Rm3 1 BUNGKUS (45g)


sebelum di campur dengan air

setelah di bancuh dengan air
khasiat cekur:
cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu.




khasiat kunyit :
Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut.
Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu pada tubuh akan membantu menghaluskan kulit.
Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.
Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.


nak cuba buat jamu asam kunyit klik sini :Jamu Kunyit Asam

khasiat halia:
Halia dipercayai dapat merawat demam dan membuang angin dalam badan.
Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.


sesiapa yang berminat untuk mencuba lulur ini sila emai kepada saya ye : ayu_razeman@yahoo.com

harga :
1 pek kecil RM 3 ( 45 g )

p/s : lulur dijual dalam bentuk kering.Satu pek ini boleh digunakan sebanyak 2 kali,guna 2 sudu besar dan dicampurkan dgn air seperti gambar diatas..

  
ayu razeman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan