teman tapi mesra

28 Disember 2011

KEK BATIK DOT DOT...

hehehe.....hari tu tak dapat makan kek batik polkadot sebab along dah habiskan..jadi semalam buatkan lagi sekali kek batik ni...kali ni saya guna biskut jejari dah lebihan biskut dot dot hari tu...kalau nak tengok resepi klik sini --> KEK BATIK POLKADOT

saya susun macam ni kat dalam acuan..heheh..saja sukak² hati saya laa....sebab saya punya kek batik!!!
ulang sampai habis adunan dan biskut tersebuttttt..hihii

dah siap masukkan adunan kedalam acuan, simpan dalam peti sejuk selama 4 jam..atau selama²nya pun tak apa!..hahahaa

setelah dikeluarkan dari peti sejuk..hehehe cantik tak!...

haaaa...tengok tu! My Little Chef tu tak sabar² sibuk nak potong kek dot dot tu.....hihii

inilah rupa kat dalam kek yang saya susun selang seli biskut jejari ngan biskut dot dot tuuu...tapi sayang pisau pemotong tu tak tajam, jadi tak berapa cantik dot dot dia..huhuuuuu

silalah menjamu mata selera ye...hihiii

SELAMAT MENCUBA

♥ U n Me 

27 Disember 2011

KARIPAP PANAS !!!

Petang semalam buat karipap..hihii, dah la hujan, syok tido waktu hujan² cenggini..tapi bila fikir² nanti "Sihitam manisku.." ngan hero² ni bangun mesti lapar punya..huhuuu..terpaksalah merajinkan diri ke dapur..
Jom Masak!!

Bahan² untuk inti
2 biji kentang - dipotong dadu
1 mangkuk kecil daging cincang ~ saya cincang sendirik jek kat atas papan pemotong! hihihi
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 inci halia - dimayang
1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
daun kari
1 sudu besar rempah kari
sedikit garam
air secukupnya
sedikit minyak

Cara²nya :
~ panaskan minyak, tumiskan kayu manis, bunga lawang, daun kari dan juga bahan² yang telah dimayang hingga garing dan wangi.
~ masukkan serbuk kari masak hingga garing, masukkan daging cincang bersama kentang,kacau sebati..
~ masukkan air dan garam dan masak hingga pekat sedikit.Angkat dan sejukkan. 

Bahan² doh :
2 cawan tepung - diayak
2 sudu marjerin
sedikit garam
1 cawan air

Cara²nya :
~ gaulkan tepung bersama marjerin sehingga sebati
~ masukkan garam dan air kemudian uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan..

~ ambil sedikit doh dan canaikan/leperkan..

~ ambil acuan dan letakkan doh yang telah dicanai kemudian masukkan inti ..

P/S ~ saya malas nak gentelkan tepi² dia tu yang beli acuan tu..satu untuk saya , satu lagi acuan yang paling kecik untuk my little chef, tapi hari ni my little chef tak masuk kedapur sebab dia tertidurrr.ZzzZZzzzzz...

~ ulang langkah diatas hingga habis doh...
huh..penat jugak nak menggentel benda alah ni kalau tak guna acuan ..huhuuu
  
~ panaskan minyak..kemudian goreng hingga garing dan angkat.

tadaaaa...dah siap karipap panasss!!

haaa..ni ada 2 versi..satu besar satu kecik!..yang kecik tu mesti la untuk my adib n my aqhil..heheh

hah...nilah model karipap tengah lapar baru lepas bangun tido!!...
LIKE AQHIL LIKE ABAH !!!!..hikhikhik...

karipap tengah panas..laju je dorang makan!...hurmm, Alhamdulillah habis juga rezeki untuk hari ini...

SELAMAT MENCUBA

♥ U n Me 


21 Disember 2011

KEK BATIK POLKADOT

Cuti sekolah ni kesian pulak ngan along, mesti banyak benda yang dia buat kat umah tu sambil nyakat si adik tu...mesti enek jadi tarzan yang vogue sambil kontrol  macho supaya pitching tak lari..hihiiii. Malam semalam buatkan kek batik untuk adib n aqhil...lepas  dorang penat bergurau senda penuh dengan kasih sayang esok boleh lah dorang makan kek batik polkadot ni haaa.....

Bahan²
1 sudu besar serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan tepung
*saya letak 4 sudu besar sahaja
1/2 buku butter
1/2 tin susu pekat
1 biji telur
biskut dot dot/marie/jejari

~cairkan butter kemudian masukkan susu pekat,serbuk milo,serbuk koko,tepung dan telur.
*saya guna kaedah double boil
~gaul sebati ngan api sederhana hingga adunan pekat

~masukkan biskut tadi kedalam adunan dan mampatkan kedalam acuan dan alaskan dahulu acuan dengan plastik kek mudah dekeluarkan dan dipotong
~simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

setelah dikeluarkan dari peti sejuk.

inilah rupa kek batik polkadot setelah dipotong..nampak tak dot dot tu..hehehe

owh silalah menjamu mata selera ye..hihiii

selepas kerja,balik rumah ingat nak rasa sedikit kek batik semalam,buka aje peti sejuk tengok tak ada kek batik semalam...bekas pun takada!,,
aikkkkk, tanya enek : mana kek batik semalam mak??..
enek jawab : budak budak tu dah makan habis....
uwarghhhhhh...tanya along pulak : napa along tak tinggalkan kek untuk ma sikit??..
along jawab : dah ma buat sedap sangat adib makan lah sampai habis..
alahai anakku sejukkk hati ma dengar..huhuuu..

SELAMAT MENCUBA

♥ U n Me 



CINTA INI SAMPAI MATI


When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
U Asked Me: "What Is It?"

When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..

When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..

When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."

When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."

When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."

When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..

When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..

When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..

When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.

We may not express it but when we say "I Love You" we want our partner also to say the same... there are many ways of expressing love but nothing can play the same magic that these 3 words can play when said in return 
♥ ♥ 


20 Disember 2011

Surprise dari teman opis

Semalam dapat kejutan dari teman teman opis, dorang buat jamuan meraikan hari lahir saya yang ke..?..uhuu biarlah rahsia!!...terima kasih semua teman teman semua...Alhamdulillah diatas rezeki Mu Ya Allah...

♪ ♫  hepi besday to you...♪ ♫  hepi besday to youuu..♪ ♫ 
haishhh..dah tua² besar² ni pun masih nyanyikan lagi lagu besday to you ke..??? segan la pulak... 

sebenarnya bulan Disember ni ada 2 orang staf JE yang sambut hari lahir..hehehe yang sorang tu 1 Disember dan saya 17 Disember...saya yang pakai baju biru! huhuuu dah bertambah unur ku...
p/s = muka teruja dapat kek! :p

kek yang cantik homemade dari isteri abang sam...
haipppp!!!..tengok tu, tak nyempat² betul...tahula kek tu sedap!!

kebetulan semalam kesemua hero² JE masuk opis pulak baru lepas outstation buat survey kat Perak..makanan yang disediakan tidak mencukupi..huhu kesian dorang...
takpelah makan ajela setakat mana rezeki yang ada...

♥ U n Me 


17 Disember 2011

Mengepammm Polkadot lagiii...

ini kali yang kelima rasanya buat apam polkadot ni..adib n aqhil suka sangat makan apam ni...resepi sila kilik sini ye--->APAM POLKADOT



SELAMAT MENCUBA

♥ 
U n Me 

16 Disember 2011

MAAFKAN KAMI MAK.....

malam tadi selepas Maghrib dapat panggilan dari abah kat kampung, abah bagitahu dia tak sihat dan baru dapat berita mak pulak kena sakit jantung...hermmm..tak habis habis musibah yang melanda keluarga kecil kami dari dulu sampai sekarang......agaknya apa lagi dugaan dari DIA pada masa mendatang...semoga dipermudahkan segala urusan oleh Mu Ya ALLAH...amin. :'(


daripada sejarah lama mak memang tak pernah bahagia dalam kehidupannya..namun demi anak anak mak merelakan semuanya...banyak betul dugaan yang terjadi dalam kehidupan mak...


aku tahu dan dapat merasakannya walaupun mak tak pernah menunjukkan penderitaan dan kesedihan yang ditanggungnya....sedih dan kecewa ngan kehidupan anak anak yang diharap dapat menjaga mereka dihari tua namun sebaliknya pulak yang berlaku...
sehingga ke hari ini, disaat ini mak dan abah masih lagi menjalankan tanggungjawab terhadap anak anak walaupun anak anak sudah mampu untuk meneruskan kehidupan sendiri tanpa bergantung pada mak dan abah...


aku sebagai anak dan satu satunya anak perempuan mereka tidak mampu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka..rasa amat kesal dan sedih dengan kehidupan kami..namun ini mungkin dugaan dari-Nya untuk keluarga kami...


mak...mak memang seorang ibu yang tabah walaupun berkali kali hati terguris dengan tingkah laku anak anak mak...kesemua 4 orang anak mak dan abah tidak mampu menjaga mak dan abah dengan baik sebagaimana mak dan abah menjaga kami dari kecil hingga besar..apa balasan yang mak dan abah dapat??..cuma kesedihan dan kekecewaan yang menjadi pulangannya.....


mak dan abah,
terima kasih atas pengorbanan mak selama ini...maafkanlah kami semua..kami semua tidak layak untuk anak mak...maafkan kami mak!!!
YA ALLAH YA TUHANKU..BERIKANLAH SEDIKIT KETENANGAN DAN KEMANISAN DALAM KEHIDUPAN IBUKU INI...HENTIKANLAH DAN RINGANKANLAH SEGALA PENDERITAAN DAN KESENGSARAAN YANG TERGALAS DIBAHUNYA SELAMA INI...AMIN.

15 Disember 2011

Homemade aiskrim by My Little Chef

semalam buatkan aiskrim untuk adib n aqhil....

Bahan²
1 tin susu pekat
1 tin air masak
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil perasa Chocolate Emulco
2 sudu besar serbuk koko
1 biji telur

Cara²nya
blendkan kesemua bahan tadi...blendkan lama sikit..lagi lama lagi halus aiskrim tu nanti...

my little chef sedang tunjukkan skill..heheh

ok, blendkan bahan tadi lama lama sikit ye...

ok dah la tu alongggg...dah boleh masukkan ke dalam bekas dan bekukan dalam peti sejuk ...

inilah dia rupa aiskrim tu..
kalau saya, masukkan dalam peti sejuk biarkan beku seketika kemudian keluarkan balik dan blend sekali lagi..simpan kembali kedalam peti sejuk....

boleh ditaburkan dengan chocolate chip atau chocolate rice..

~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me 



13 Disember 2011

salad diet

hari ni malas nak masak sebab hero 2 orang tak ada kat rumah sebab dah dipost balik kampung...jadi "Sihitam Manisku.." pun terpaksalah menghadap menu ini ye..alaaa sekali sekali tak apa kan Hitam Manisss??? heheh


♥ U n Me 


05 Disember 2011

Maggi Petai..Jemput semua!!

petang ni berdua²an dengan Sihitam manisku,anak² sudah di post balik kampung kat Beranang..tetiba je rasa lapar..jom kita layan maggi petaiiiii!!!...hihiii


♥ U n Me 

01 Disember 2011

KERABU PERUT

Salam...hari ini saya nak kongsi resepi kerabu perut..tapi saya guna resepi campak-campak aje ikut suka hati mak saya nak letak apa aje..erkkk..faham tak saya tulis tu...tak ape abaikan jer!!..hihii..meh kita layan kerabu pewutttt...
Bahan²
Perut lembu
5 ulas cili api
1 biji bawang besar
1 biji tomato
daun kesum
1 biji limau nipis sederhana besar/cuka
sedikit belacan
sedikit garam

Cara²nya
~ perut dicuci bersih dan di potong kecil kemudian rebuskan
~ hiriskan semua bahan² diatas
~ campurkan bahan hirisan bersama perut tadi
~ perahkan limau nipis,masukkan garam serta belacan dan gaulkan...
~ hidangkan... :)

~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me 

30 November 2011

Master Chef VS My Little Chef

hermm..tak tahulah anak bujang saya yang sorang ni suka benar menyibukkan diri dia kat dapur tu..nak buat air epal katanya....tapi dia nak buat sendiri..terpaksalah ajar dia buat..okeh..jom tengok aksi aksi Adib buat jus epal..
mula mula potong epal ni kecik kecik ye tuan tuan dan puan puan..hihiii

tengok tu bukan main semangat lagi my little chef ni..hati hati ye along jangan terpotong jari sudahlah ya nak!!...

Ma..macam mana ni??.Adib tak sampai ni..
ekekeke..meh sini ma tolong blendkan...alahai siannya anak ma niii...

sowi ek along..kita tak ada blend yang buat jus punya tu..terpaksalah susahkan along sikit..hihii

tapis betul betul tau along...hah, lepas tu hampas tu along makan pulak...along nak tahu apa rasa hampas tu..ermm sedap jugak ma!...hehehe belasah je la alonggg...

adik buat muka seposen nak kenen air epal along punya...tapi tak apa along ni abang yang penyanyang...takkan biarkan adik dia menangis punya...Ma sayang along!!..muahhhh..

tadaaaa...herm dah siap air epal hasil air tangan Adib sendiri...

 owhh..jemput minum semua!!.

~SELAMAT MENCUBA~

♥ U n Me 


28 November 2011

APAM POLKADOT

Sebenarnya dah lama hati ni teringin nak buat apam 'berhantu' niii..sebab apa 'berhantu'??..Sebab sana sini orang sibuk duk menerai apam polkadot ni..baru hari ni barang² nak buat apam ni dah cukup, apalagi mulalah operasi mengepammmm dengan my little chef ..hihiii

Bahan²
(50 biji papercup medium)
3 biji telur dari peti sejuk (gred a)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Filling ~ blueberry/strawberry@ ikut suka hati korangla…
pewarna

cara²nya


Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.Saya pukul guna tangan aje sebab mixer saya rosak, nasib baik ada little chef ni yang nak tolong..hihiii

Selepas tu, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette.Kemudian, masukkan esen vanilla) dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang. 

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masing masing.

my little chef tengah mengacau adunan warna..

Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)

Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan

kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

inilah hasil mengepammm tuu..hihii

trip pertama telah dibelasah oleh adib n aqhil

ni 'Sihitam Manis..' pula nak coba,,, hermmm,,katanya..'ANDA TELAH LULUS' dengan jayanya..huahuahua

lepas mengepammmm..hihiii, nak jugak 'interpremmm'

owhh..yang ini spesial punya ye...i ♥ u !!

okeh..dah boleh minum petang..sila sila..hihi

adik makan pun maintain peace yawww...

meh sini nak rasa apam berhantu ni..selepas puas mengepam tadi..ekekeke

owhhh..ini ibu mertua ku..yang spesial tadi tu untuk beliau lah ye,,sebab besok harilahirnya..hihiii..
~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me