teman tapi mesra

28 September 2010

Info tentang Gerik,Perak

Latar Belakang
Asal - Usul Daerah Gerik
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870 beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok ? Ad(Tok Sa?ad).
Tiada beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak ditengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang pelik terbit daripada perdu serumpun gajah. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman itu telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu telah di pakai beberapa lama tetapi orang-orangnya yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaan daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.

Kampung-kampung yang berhampiran dengan Bandar Gerik
  • Kampung Pecah Baru
  • Kampung Kolam Air
  • Kampung Pak Zainal
  • Kampung Ramasamy
  • Kampung Ulu Kenderong
  • Kampung Tanjung Kala
  • Kampung Gerik
  • Kampung Padang
  • Kampung Bendang Kerajaan
  • Kampung Air Suda
  • Kampung Kuala Kenderong
Kampung-Kampung di sepanjang jalan ke Gerik - Ipoh
  • Kampung Sawa
  • Kampung Kuala Kenering
  • Kampung Kubang
  • Kampung Air Jada
  • Kampung Belum Baru
  • Kampung Malau
  • Kampung Bagan Lawin
  • Kampung Lawin
  • Kampung Ulu Lawin
  • Kampung Tanjung Lobak
  • Kampung Tanjung Kasau
  • Kampung Kenayat
  • Kampung Kaki Bukit
  • Kampung Tawai
  • Kampung Tanjung Rambai
  • Kampung Air Panas
  • Kampung Sira
  • Kampung Sira Kulim
  • Kampung Padang Kunyit
  • Kampung Padang Jeri
  • Kampung Bukit Nasah
  • Kampung Ganda Temenggor
  • Kampung Felda Papulut
  • Kampung Rancangan Merah

Kampung-kampung di sepanjang jalan ke Gerik - Baling
  • Kampung Pahat Luar
  • Kampung Kerunai
  • Kampung Jong
  • Kampung Padang Stang
  • Kampung Lalang
  • Kampung Alai
  • Kampung Pahit
  • Kampung Plang
  • Kampung Tanjung Kekabu
  • Kampung Batu Hampar

Kampung-kampung di sepanjang Gerik - Kota Bharu
  • Kampung Perah
  • Kampung Bandariang
  • Kampung Bersia Lama
  • Kampung Kuala Rui
  • Kampung Simpang Perah
  • Kampung Jagor
  • Kampung Umbut
  • Kampung Bongor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan