teman tapi mesra

22 Mac 2011

ADIB DAPAT SAGUHATI DLM PERTANDINGAN MEWARNA

Sebenarnya nak masukkan entri bab ni dah lama,tapi penyakit 'M' pulak datang terpaksa tunggu mood ada barula leh layan blog nih..disebabkan adib suka sangat mewarna..sampaikan buku mewarna yang baru dibeli pun sudah habis diwarnakan dalam dua hari je...agaknya nak jadi pelukis tak adib ni..mana taknya kalau dah maknya kerja pun Pelukis Pelan...mesti la sedikit sebanyak turun pada anak nyeee..Ngeee..Owh..baru teringat, semasa mengandungkan si Adib ni..saya memang suka melukis...kalau tak caya tengoklah hasil lukisan saya kat sini --> my art n editing 
Oklah meh kita layan adib mewarna pulak...Dapat Saguhati pun jadilah..tapi tak larat nak pujuk la pulak..asyik menangis nak basikal,hadiah utama untuk pertandingan ni adalah basikal...

 
 ni lah yang di bawa balik adib dari PASTI...cikgu bagi katanya...beriya iya nak masuk pertandingan mewarna...siap pesan suruh kejutkan dia pagi pagi macam nak pergi sekolah katanya...

Sesi pendaftaran peserta... di tapak Bazar Medan Selera,Taman Melawati..

Bila pertandingan bermula..dia buat perangai la pulak taknak masuk mewarna.Puas duk pujuk pun tak makan saman jugak..hermmm, panas hati betullll!!..peralatan mewarna dah ambik dia pulak buat hal..haishhh...Sabar..sabar!!

Pujuk adib suruh dia tengok tengok je kalau tak nak masuk pertandingan mewarna ni...hehehe..guna taktik lain la pulak..kalau dah pujuk tak makan saman..suruh dia tengok tengok je..

haa.. macam macam stail dorang posing mewarna...

ahaaa...akhirnya berjaya jugak taktik tu kan...suruh tengok tengok je dulu...hehehe.Sebenarnya dalam hati tu memang nak mewarna..tapi keyakinan terhadap diri sendiri tu kurang,,,

sempat lagi menjeling aweks kat depan tu pun mewarna jugak....

tengah kusyuk mewarna...

wahhh...ni ma adib nak interprem jugak lah!!

inilah hasil lukisan yang di warna oleh adib..

apasal adik monyok jer..tulah sape suh bangun lambat kan dah kena tinggal..tak dapat masuk pertandingan mewarna!

dorang tgh pening kepala nak pilih yang mana satu! yang pasti lukisan adib terpilih diantara lukisan lukisan itu....

tgh nangis nak basikal yang merupakan hadiah utama pertandingan ini..

Owhh.."Sihitam Manisku.."  Lebiu...

Inilah hadiah saguhati yang dimenangi oleh adib..ok aper!! tapi adib sikit pun tak pandang!
dia duk nampak basikal..siap tanya kenapa dia dapat coklat ni bukan basikal!!..adoyaiiii...letih nak menjawab..huhuuuu

 dah abih pertandingan, sambung pulak kat kedai makan,gara gara adib tak puas hati dia dapat saguhati je..dia nak warna sekali lagi..huhuu, layan jelah...
 Aqhil pun nak tunjuk bakat jugak ek....

masing masing sibuk mewarna tak hengat dunnia...uhhh

 adik pun sama gak...

 hurmm..layan jelah anak anakmu itu wahai Sihitam manis...ekekeke

Adik dah boring lah tu....


♥ U n Me 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan