teman tapi mesra

09 Julai 2012

HOMEMADE NUGGET

Malam minggu lalu buat naget jenama 'my bintang hati' hihiii....kali ni pembantu chef tak sempat nak bantu saya..dorang sibuk main kat luar ngan rakan seperjuangan dorang..hek hek
jadi saya sorang² jelah gigih berusaha menggentel naget ni...

bahan²
400g daging ayam kisar ~ saya guna jenama ramli
250g taufu lembut
sebiji telur
sedikit garam
200g serbuk roti putih ~ saya guna 6 keping roti gardenia, toastkan dan kisar halus
lada sulah
2 sedu kecil baking powder

~untuk coating~
2 biji telur dipukul sedikit
serbuk roti warna oren

cara²nya :
~ ini serbuk roti gardenia yg ditoastkan kemudian dikisar halus..

~ tapiskan dulu taufu didalam bekas berlubang lebih kurang setengah jam untuk  keluarkan air yg terdapat pada taufu tu...

~ masukkan daging ayam, taufu, lada sulah, sebiji telur, serbuk roti putih serta sedikit garam dan gaulkan sebati, kemudian bentukkan mengikut acuan masing² la...

~ jika adunan terlalu lembut, boleh tambahkan serbuk roti lagi..sapukan sedikit minyak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentuknya... 

p/s : adunan resepi ni lembut sedikit jadi saya tambahkan sedikit lagi serbuk roti...

~ pecahkan telur didalam bekas dan celupkan nugget tadi kedalam telur..
saya guna acuan bintang, carik acuan love tak ada pulakk..huhuu

kemudian salutkan nugget tadi dengan serbuk roti...ulang hingga habis...

nugget "bintang hati" saya yang telah siap..heheh
~ simpan dalam plastik dan sejuk bekukan...


~ SELAMAT MENCUBA ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan