teman tapi mesra

17 Januari 2012

UNBAKED AMERICAN CHEESE CAKE WITH HOMEMADE MULBERRY + CHERRY JAM

 bahan²

150g cheese Philadelphia
100g butter
biskut digestives
100g whipping cream
sedikit gula icing

cairkan butter menggunakan kaedah double boiling

biskut digestives dihancurkan/dikisar halus

masukkan biskut tadi kedalam butter yang telah dicairkan

gaulkan hingga sebati

mampatkan biskut yang telah digaul bersama butter kedalam acuan dan ketepikan dahulu..

pukul cheese bersama gula icing hingga kembang

whipping cream pun dipukul sehingga kembang

kemudian masukkan whipping cream yg telah dipukul kembang kedalam cheese tadi..
kaup balikkan sahaja...

oppssss!!! iklan sekejap..hehehe
Adik ni la asyik cibuk nak rasa cheese ni haaa..
ADIK :  ma nak rasa sikit ma...
MA : nah rasalaaa..sedap tak
ADIK : sedap ma!
huh...along ngan adik tak pernahnya tak sedap kalau ma buat kek...hihihii


masukkan adunan tadi kedalam bekas acuan yang telah dimampatkan biskut tadi

ratakan adunan tadi

haaa..dah siap!..tutup adunan tadi dan simpan dalam peti sejuk selama 24jam..

inilah hasilnyaaaa.....huhuu

makan bersama ngan homemade mulberry + cherry yang diimport dari kampung  'Sihitam Manisku..' kat Beranang...

HOMEMADE MULBERRY + CHERRY JAM
bahan²
bersihkan buah mulberry dan ceri kemudian toskan..
buah² ni dah byk hari dah jadi terpaksa buat saringan yang mana elok sahaja dipilih..hihii

rebuskan buah² ni tadi sehingga pekat kemudian masukkan gula ikut tahap kemanisan masing² dan tutup api...

angkat dan simpan didalam bekas.. 

skang meh kita layan iklan kanak Ribena kejap!!!
tengah layan kartun sambil menikmati buah mulberry yang fresh lagi tu..TERBAIK DARI LADANG...heheh

walaupun selalu makan tapi budak budak tak jemu pung!

haishhh..siap berebut lagi tu..macam la tak pernah makan buah tu sebelum nih...!!

inilah rupa pokok Mulberry

pokok ni kena selalu cantas dahannya barulah merimbun je pokok nya...


ni pulak buah ceri pun TERBAIK DARI LADANG...huhuu

fresh lagik!

banyak betul buah ni tak larat nak kutip....

SANTAI...
My Adib n My Aqhil menikmati cheese cake sambil layan games...

tu diaaa..adik tak muat dah mulut dia sumbat ngan kek..

suka ye nanti ma buat lagi ek..

SELAMAT MENCUBA

♥ U n Me 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan