teman tapi mesra

28 November 2011

APAM POLKADOT

Sebenarnya dah lama hati ni teringin nak buat apam 'berhantu' niii..sebab apa 'berhantu'??..Sebab sana sini orang sibuk duk menerai apam polkadot ni..baru hari ni barang² nak buat apam ni dah cukup, apalagi mulalah operasi mengepammmm dengan my little chef ..hihiii

Bahan²
(50 biji papercup medium)
3 biji telur dari peti sejuk (gred a)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Filling ~ blueberry/strawberry@ ikut suka hati korangla…
pewarna

cara²nya


Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.Saya pukul guna tangan aje sebab mixer saya rosak, nasib baik ada little chef ni yang nak tolong..hihiii

Selepas tu, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette.Kemudian, masukkan esen vanilla) dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang. 

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masing masing.

my little chef tengah mengacau adunan warna..

Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)

Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan

kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

inilah hasil mengepammm tuu..hihii

trip pertama telah dibelasah oleh adib n aqhil

ni 'Sihitam Manis..' pula nak coba,,, hermmm,,katanya..'ANDA TELAH LULUS' dengan jayanya..huahuahua

lepas mengepammmm..hihiii, nak jugak 'interpremmm'

owhh..yang ini spesial punya ye...i ♥ u !!

okeh..dah boleh minum petang..sila sila..hihi

adik makan pun maintain peace yawww...

meh sini nak rasa apam berhantu ni..selepas puas mengepam tadi..ekekeke

owhhh..ini ibu mertua ku..yang spesial tadi tu untuk beliau lah ye,,sebab besok harilahirnya..hihiii..
~ SELAMAT MENCUBA ~

♥ U n Me 

4 ulasan:

  1. Nampak menarik. Boleh cuba ni..

    BalasPadam
  2. nasi malaysia~ memang menarik pun..berhantuuu apam ni tau..heheh

    BalasPadam
  3. Yg mcm bekas merah tu ape kak? Beli kt maner huhu... Yg akk gune utk alas papercup tu.... -leo-

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh yg itu acuan utk kuih lompang...beli kat kedai jual barang2 buat kek...akak beli kat kedai Bagus area Melawati...kalau buat apam pokodot ni mmg kena guna acuan tu...

      Padam