teman tapi mesra

15 Disember 2010

KECIK KECIK DAH TAMPAL GIGI...


malam minggu yang lepas, along tak boleh tido,merengek rengek ingatkan kepanasan..bila ditanya kenapa..sakit kat mana? dia tunjuk kat kaki...aku pun ambik minyak sapu kat kaki dan gosok perlahan lahan sampai dia tido....tiba tiba along merengek lagi sambil bangun ngan gosok dua dua belah pipi...
Napa along,sakit kat mana,sakit gigi ke?hu hu sakit ma...!!..alahai kesian la pulak...aku terus bawa along pergi bilik air dan gosok gigi dia dan lumur garam sikit kat gigi dia yang sakit tu...dapat la dia tido kejap,ingatkan dah ok, rupanya masih sakit lagi...apalagi terus aku call "Sihitam Manisku.." suruh balik cepat bawa along pegi klinik.....alamak dah midnigth ni mesti kena doublecharge ni...huhu, demi along yang kesakitan ma relakan ye nak!..huhu sayang anak ma! Tapi Alhamdulillah doktor kat klinik tu tak kenakan doublecharge cuma bayar untuk ubat sahaja sebanyak RM13.00 aje!...Wah..Syukur...Doktor tu cakap gigi along dah banyak yang rosak..kena bawa pergi jumpa doktor gigi....
Hermmmm..besoknya terus bawa along pergi klinik gigi kat Taman Melawati.....
doktor cakap pada along dia nak masukkan helikopter kat dalam mulut along nak keluarkan ulat kat dalam gigi...nak pujuk lah kunun..padahal along buat do no jer..huhu...
memang banyak gigi along yang rosok,yang ini doktor tengah tampal gigi geraham along...kalau dah tampal pun masih sakit juga..kena datang lagi dan doktor nak matikan akar gigi ni terus.....huhu,sian along!
doktor cakap pada along lagi dia nak masukkan paip bomba dalam mulut along nak sedut ulat ulat yang dah mati keluar..kehkehkeh, kelakar je doktor tu.....
bila doktor suruh ludah air dalam mulut terus je along bangun lepas tu terus ludah...tapi terludah kat atas lantai..tak masuk dalam mangkuk yang disediakan...huhuu along, along....biasa lah nama pun budak apa yang dia tahu kan kan kannnn...
Adik pun masuk sekali dalam bilik tu tengok along dia kena tampal gigi..doktor suruh along nganga mulut besar besar, dia yang nganga mulut pulak...hehehe....

hermmm...dah selesai masalah along ngan gigi dia sakit tuh...tapi bila kat kaunter nak buat bayaran je..alamak mahalnya, budak budak pun kira harga orang dewasa jugak ke?...hermm takpelah janji along dah tak sakit gigi...caj untuk rawatan gigi along sebanyak RM70.00,,huhuuu macam orang dewasa pulak bayaran tuh...
Lagi tiga minggu kena datang balik sebab nak cabut gigi depan along yang dah tinggal tunggul aje,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan