Hari minggu lepas try buat Bebola biskut marie.Main masak masak ngan anak bujang saya yang suka ngacau nolong bila saya memasak!!.Resepi dari sini ~ Resepicitarasawan.
Bahan-bahannya :
150gm biskut marie-di hancurkan
60gm coklat masakan, dicairkan
50gm jem (ikut suka)
50ml susu segar
1. pembantu chef sedang hancurkan biskut marie..maceh along tolong ma ye!
2. cairkan coklat
3.Didihkan susu, tapi jangan sampai menggelegak ~ sekadar memanaskan sahaja
4.Satukan biskut marie, coklat cair dan jem, gaul rata. Kemudian tuangkan susu panas tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan biskut, sebatikan sehingga menjadi doh. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
5. Ambil doh dan bulatkan sebesar bola pingpong ~ saya punyer x sempat biskut tu nak lembut, pembantu chef ni dah tak sabar!!
haa, tu diaaa..tak senonoh betul pembantu chef nih..gasak ko lah adib, nnti ko jugak yang nak makan...ekekeke
haa, tu diaaa..tak senonoh betul pembantu chef nih..gasak ko lah adib, nnti ko jugak yang nak makan...ekekeke
6. golek dengan bahan hiasan.
BEBOLA BISKUT MARIE
Selamat mencuba..
♥ U n Me ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan