teman tapi mesra

21 Disember 2010

SAMBAL SARDIN NGAN BELIMBING


Bahan bahannya:
1 tin sardin ~ saya guna cap ayam
5-6 bawang merah
10-15 cili api
8-10 belimbing ~ bersihkan,ketuk dan ramas sedikit untuk buang air kurangkan rasa masamnya.
garam secukup rasa

Cara-caranya:-

~ asingkan sardin dari kuahnya dan ketepikan....

~ tumbuk @ kisarkan cili api bersama bawang (kalau saya gunakan pengisar kering jer lagi cepat..)
~ kalau nak kurangkan pedas boleh dicampur dengan cili besar dan lebih bawang.... 

goreng sardin tadi ngan api yang sederhana ~ AWAS,ketika menggoreng,minyak meletup jadi boleh tutup dgn tudung periuk kalau takut muka anda terkena minyak panas tu..heheeee

~ gunakan minyak lebihan goreng sardin tadi dan masukkan cili yang ditumbuk @ blend tadi, masukkan garam dan masak hingga sedikit garing baru masukkan belimbing,
~ kalau nak berkuah sedikit, masukkan kuah sardin yang telah diasingkan tadi pun sedap juga....
~ masak lagi sehingga belimbing agak lembut baru masukkan sardin yang telah digoreng tadi, gaulkan bersama dan tutup api...


~ SELAMAT MENCUBA ~


U n Me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan