teman tapi mesra

21 Disember 2010

DAGING MASAK HITAM

Resepi ni saya buat ikut style saya....

Bahan-Bahan: 
1/2 kilo daging ~ dipotong nipis
2-4 sudu kerisik
kicap pekat
2-4 sudu besar cili giling
minyak
gula dan garam secukup rasa

Bahan A :
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil  jintan manis 

1 sudu kecil  jintan putih 
1 sudu kecil ketumbar

Bahan B :

10-15 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 sm halia

Cara-caranya :


~ Bahan A di goreng tanpa minyak hingga kekuningan,kemudian tumbuk @ blend hingga halus dan ketepikan dulu...


~ Bahan B juga ditumbuk @ dikisar
~ masukkan bahan A dan bahan B kedalam daging
~ masukkan juga kerisik, kicap, cili giling, gula dan garam secukup rasa ( saya masukkan garam kemudian, sebab dalam masakkan ini sudah ada kicap, kalau rasa tak masin baru saya tambahkan garam....)
~ perap selama 15-30 minit

~ panas kan minyak dan masukkan semua bahan perapan tadi dan biarkan mendidih
~ jika rasa kurang hitam boleh ditambah kicap ikut kepekatan masing masing....dan ketika menunggu ianya kering,bolehlah rasa apa yang kurang tu, rasa manis ke masin ke....kalau kurang tambah lah apa yang patut..

~ sama seperti kita masak rendang, agak agak dah pekat dan naik minyak tu boleh diangkat...
~ boleh juga kalau nak basah basah sikit tu, jangan masak hingga keringlah....

Haaa..Saya kalau lepas masak daging hitam, lebihan kuah dalam kuali ni saya masukkan nasi panas dan gaul sekejap, pastu suapkan pada anak anak..sekejap je dorang makan...Habis licin!

~ Selamat Mencuba ~


U n Me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan