Bahan bahan:
~ 1 ikat pucuk meranti
~ 8-10 ekor udang
~ bawang merah
~ segenggam cili api
~ kunyit hidup
~ garam
~ santan
cara caranya:
~ bersihkan pucuk meranti dan udang, asingkan....
~tumbukkan @ kisar kunyit hidup bersama garam terlebih dahulu, kemudian masukkan bawang bersama cili api dan tumbuk bersama ngan kunyit tadi
~kalau saya blend je ngan pengisar kering tu lagi cepat..heheh
~masukkan bahan yang ditumbuk @ kisar bersama santan ke dalam periuk dan masak ngan api yang sederhana dan sentiasa kacau supaya santannya tidak berketul ketul....setelah menggelegak,masukkan udang dah kacau lagi biarkan lebih kurang 3-5 minit baru masukkan pucuk meranti tadi,
~kaup balikan pucuk meranti tadi lebih kurang seminit dan tutup api....
~jangan masak terlalu lama kerana pucuk meranti akan lecur dan tak fresh lagi...cukup sekadar kaup balikkan saja pucuk meranti tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan