teman tapi mesra

13 Disember 2010

MEJA TULIS UNTUK ADIB N AQHIL~WINNIE THE POOH

Hari minggu semalam pergi kenduri kahwin anak kepada opismate "Sihitam manisku.." di Dewan Baitulmal,Kg. Pandan...best, best, heheee sebabkan tak payah masak untuk tengah hari......Opppss!  bukan malas ek....cuti masak jer...hehehe....Lepas balik dari kenduri kami pusing pusing kat JJ (Jaya Jusco), Wangsa Maju sebabkan Ibu Mertuaku mahu beli rak untuk letak barang barang kat dapur tuh...masa tengah duk telek rak tu..mata ni terpandang la pulak benda alah ni...apalagi terus panggil adib n aqhil suruh dorang test benda alah tuu....dorang pun apalagi suka kan main ler...yang jadi mangsanya mestilah "Sihitam Manisku.." jugak yang kena paw....heheh...
Inilah rupanya benda alah tu....Harga asalnya RM119.90,lepas turun harga dapatlah RM99.90..nak kata ada diskaun tak jugak..sebab takada pun tag untuk diskaun...hermm..apa apa ajelah!..

Ada banyak jenis pilihan untuk Table n Chair Disney ni...tapi dah adib n aqhil pilih Winnie The Pooh..Layan je lah, janji dorang suka!

Tapi sayanglah pulak kerusi dia cuma 2 aje...

Comel jer kerusi ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan