teman tapi mesra

29 Disember 2010

CUPCAKES

semalam main masak masak ngan along lagi, resepi ini tidak menggunakan telor dan tak perlu  dipukul cuma gaul hingga sebati sahaja.Resepi ambil kat sini : resipidiana

CHOCOLATE OIL CAKE
bahan bahan:

2 cawan gula

3 cawan tepung serbaguna

2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. 

 2.Tuangkan adunan kedalam bekas cupcakes 

 3.saya masukkan separuh saja lebih kurang 3 sudu besar dan bakar selama 20 minit sehingga masak.

4.setelah masak letakkan topping dan hiasan 


CHOCOLATE GANACHE TOPPING



150 gramm whipping cream
200 gram coklat

Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair.



U n Me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan